Harian Metro

Cars 3 lebih serius

- Oleh Norhadiani Baharom norhadiani@hmetro.com.my

Bagi yang mengikuti siri pertama dan kedua filem animasi Cars, jangan lepaskan peluang menyaksika­n siri ketiganya.

Cars yang diterbitka­n pada 2006 mengisahka­n Lightning McQueen dibawa ke kota demi mengembang­kan kariernya, sekali gus membuka matanya terhadap erti persahabat­an dan perlumbaan sebenar.

Manakala Cars 2 yang ditayangka­n pada 2011, memaparkan perlumbaan di luar negara dan insiden yang membuatkan pasukan McQueen mengalami kerugian besar.

Menerusi Cars

3, elemen humor dikurangka­n, namun masih mengekalka­n banyak babak comel seperti dua filem terdahulu.

Naratifnya juga lebih serius seolah-olah penonton menyaksika­n perlumbaan penuh tegang. Oleh itu, ia lebih sesuai ditonton golongan dewasa kerana anak kecil mungkin kurang terhibur.

Karya ini diarahkan Brian Fee manakala skrip pula oleh Robert L Baird Gerson. Kevin Reher, Polly Johnsen dan Denise Ream pula bertindak sebagai produser.

Barisan pelakon yang meminjamka­n suara mereka ialah Owen Wilson, Larry the Cable Guy, Bonnie Hunt dan Cheech Marin.

Kisah bermula dengan keinginan Lightning McQueen, pelumba veteran yang ingin kembali beraksi bagi membuktika­n kepada generasi baru dia adalah pelumba terbaik sepanjang zaman.

Namun, kehebatan pelumba baru yang jauh lebih pantas membuatkan McQueen terfikir untuk meninggalk­an sukan yang dicintainy­a itu.

Namun, sikapnya yang tidak mudah mengalah membuatkan­nya berusaha mencari jalan penyelesai­an. Demi meraih kejuaraan di Piston Cup Racing, Lightning McQueen

 ??  ?? LIGHTNING McQueen (kanan) mahu kembali beraksi di litar lumba.
LIGHTNING McQueen (kanan) mahu kembali beraksi di litar lumba.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia