Harian Metro

Melodi ringkas tapi mengusik jiwa

-

Bagi penggemar lagu Indonesia, nama Raisa tentunya tidak lagi asing.

Terbaru, Raisa hadir dengan single ketiga berjudul Usai Di Sini daripada album ketiganya, Handmade.

Dari segi melodi, tentunya ramai sedia maklum muzik dari negara jiran itu kebanyakan­nya berteraska­n perasaan ‘galau’ atau patah hati.

Begitu juga kisah dan jalan cerita yang menjadi tunjang dalam lagu ini.

Melodinya hadir serba ringkas dengan petikan piano diiringi alunan biola. Walaupun ringkas, ia benar-benar mengusik jiwa.

Dari segi lirik, tentunya menggugat perasaan setiap yang mendengar. Ia berkisar mengenai kisah cinta yang terhenti dan si pelantun mahukan perpisahan secara baik.

Jika dihayati liriknya, pendengar akan dibawa supaya menerima perpisahan itu secara positif dan tanpa sebarang salah faham seperti berikut:

“Lebih baik kita usai di sini sebelum cerita indah tergantika­n pahitnya sakit hati. Bukannya aku mudah menyerah, tapi bijaksana. Mengerti kapan harus berhenti.”

Lantunan vokal

Raisa semestinya tidak perlu dipertikai­kan lagi. Walaupun lagu ini baru dilancarka­n pada Februari lalu, ia sudah mendapat tempat di hati peminat penyanyi berusia 27 tahun ini.

“Setiap kali membuat persembaha­n pentas, Usai Di Sini sentiasa diterima dengan sangat positif. Ada yang sudah siap menghafal dan menyanyi bersama saya dan itu menguatkan lagi kenyataan ia adalah single yang ditunggutu­nggu peminat,” katanya.

Video muziknya baru saja dimuat naik ke YouTube rasmi Raisa pada 11 Ogos lalu, namun sudah ditonton hampir 500,000 pelayar Internet.

Lebih menarik, video muzik itu menjalani penggambar­an di Itali dan memaparkan keindahan negara terbabit di samping sinematogr­afi hebat arahan Candi Soeleman.

INTER

MEZZO

Syafil Syazwan Jefri syafilsyaz­wan @hmetro.com.my

Lirik lagu Usai Di Sini nyatakan supaya menerima perpisahan secara positif

 ??  ?? RAISA miliki vokal menarik. TERBITAN/EDARAN: Juni Records
RAISA miliki vokal menarik. TERBITAN/EDARAN: Juni Records
 ??  ?? ANTARA babak dalam video muzik Usai Di Sini.
ANTARA babak dalam video muzik Usai Di Sini.
 ??  ?? LAGU: Usai Di Sini PENYANYI: Raisa
CIPTAAN: Raisa, Marco Steffiano, Rayendra Sunito & Haris Pranowo
LAGU: Usai Di Sini PENYANYI: Raisa CIPTAAN: Raisa, Marco Steffiano, Rayendra Sunito & Haris Pranowo

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia