Harian Metro

Goda setiap hero di lokasi

-

Kisah pelakon lambat ke lokasi penggambar­an bukan perkara baru.

Malah ada yang lebih teruk iaitu bercinta dengan setiap hero dalam drama lakonan.

Sama seperti pelakon wanita ini yang jenis mudah jatuh cinta. Kata orang cinta lokasi. Tidak cukup dengan itu, pelakon wanita ini juga jenis yang suka menyerahka­n tubuh badan kepada hero itu.

Pendek kata, pelakon wanita ini jenis kaki mencuba semua lelaki.

Kata rakan SS, selagi dia tidak dapat menikmati tubuh pelakon lelaki itu dia sedaya upaya mencuba.

Malah pelakon wanita ini sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk memenangi hati hero itu. Sama ada bujang atau sudah berkahwin, itu bukan alasan untuknya. Asal sahaja dia puas.

Apa yang peliknya, menurut rakan SS pelakon wanita itu sudah mempunyai teman lelaki. Namun dia sanggup mempermain dan berlaku curang terhadap kekasihnya.

Kata rakan SS, mungkin juga teman lelaki pelakon wanita itu jenis mudah ditipu. Tambahan pula pelakon wanita ini bijak berkata-kata dan memujuk. Jadi tidak mustahil kekasihnya boleh ditipu hidup-hidup!

SS: Apabila manusia bertuhanka­n nafsu, lupa halal dan haram.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia