Harian Metro

Hubungan dingin, sindir-menyindir di IG

-

Dua selebriti wanita ini masing-masing mempunyai pengikut tersendiri. Apatah lagi suami mereka juga selebriti yang cukup dikenali.

Pada masa sama hubungan kedua-dua selebriti wanita ini juga cukup baik. Walaupun berbeza cabang seni, kerjaya suami mereka membuatkan hubungan itu akrab.

Cuma baru-baru ini hubungan mereka dilihat dingin apabila masing-masing memuat naik status di laman Instagram (IG) yang saling menyindir.

Menurut rakan SS, ia bermula apabila seorang daripada mereka mempertika­ikan kelebihan dimiliki suami selebriti wanita itu.

Bukan apa sejak kebelakang­an ini boleh dikatakan suami kepada selebriti wanita ini banyak mendapat tawaran. Baik dalam program TV atau filem. Pendek kata rezeki suaminya melimpah-ruah.

Berbanding suami selebriti wanita yang seorang lagi yang kian suram. Disebabkan itu dia mulai tercabar.

Tambahan pula sikap selebriti wanita ini yang jenis menyombong dan berlagak membuatkan orang sekeling mulai muak.

Disebabkan itu selebriti wanita ini semakin kerap berlakon. Berbeza dengan selebriti wanita seorang lagi yang selesa dengan kedudukann­ya sebagai penyanyi ternama.

SS: Orang kata, apabila berada di atas jangan lupa rumput di bumi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia