2 fon telinga Jaybrid
Jaybird menghasilkan dua fon telinga untuk pengguna Malaysia termasuk model Jaybird X3 dan Jaybird Freedom.
Menariknya, keduadua model ini mempunyai keupayaan tanpa wayar dihubungkan dengan mana-mana peranti yang mempunyai sambungan Bluetooth.
Model Jaybird X3 dan Jaybird Freedom masingmasing kalis peluh dan percikan air yang sesuai untuk aktiviti luar.
Apa yang membezakan kedua-duanya apabila Jaybird X3 mempunyai saiz lebih besar dan tempoh menggunakannya selama sejam melalui sekali cas 20 minit.
Manakala Jaybird Freedom yang lebih kecil turut mempunyai keupayaan lapan jam penggunaan namun perlu disambungkan dengan port pengecas pada empat jam terakhir.