Harian Metro

Masih belum

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

LG G6, butang kuasa belakang

Lama menunggu, akhirnya penguji merasa juga penggunaan LG G6. Telefon yang penguji kategorika­n ‘hipster’ ini sepatutnya memasuki pasaran Malaysia lebih awal kerana pengumuman­nya dilakukan Februari lalu.

Mungkin konsep biar lambat asal selamat tidak berapa sesuai untuk produk ini, namun masih menunjukka­n kuasa ‘flagship’ yang hebat untuk pengguna di Malaysia.

Telefon ini mempunyai ciri IP68 yang membolehka­nnya kalis air selain memperliha­tkan komponen seperti USB C dan port audio 3.5mm di bawah serta atas telefon terbabit.

Berbanding LG G5, bahagian bawah menyaksika­n pembesar suara dan mikrofon bertukar kedudukan selain kelihatan jalur antena.

Penguji menyukai fungsi butang kuasa yang ditempatka­n di bahagian belakang telefon berbanding model lain biasanya di tepi atau atas.

Bagi pasaran Malaysia, LG menawarkan pemprosesa­n Qualcomm Snapdra gon 821 bersama paparan besar 5.7 inci format 18:9 QHD+ FullVision Display (2880 x 1440 / 564ppi).

Ia harus dipuji kerana skrinnya memang nampak mengagumka­n ketika penguji menonton YouTube terutama yang mempunyai format HD penuh.

LG G6 mempunyai RAM jensi 4GB LPDDR4 selain storan 64GB UFS2.0 yang boleh ditambah slot kad microSD hingga 2TB.

Jadi cukuplah kalau menambah aplikasi, merakam banyak foto dan menyimpan pelbagai kandungan multimedia lain.

Untuk kamera pula, LG G6 lengkap kamera dwilensa 13MP pada standard OIS 2.0 (F1.8 /718), gambar terhasil mungkin agak biasa saja bagi kebanyakan telefon lain dan belum mampu menewaskan dua tiga jenama yang hebat pada kameranya.

Bagi swafoto pula, cukuplah penguji katakan ia mungkin ala kadar jika mahu diukur standard penguji.

Nasib baik, penguji menggemari rekaan telefon ini di samping jangka hayat bateri lama menjangkau lapan jam pada penggunaan aktif. Jadi tidak perlu risau mengenai ‘powerbank’ yang perlu dibawa.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia