Harian Metro

Lapor guna VSP

- Wan Nur Ameera Meor Rozman itmetro@hmetro.com.my

Bagi membantera­s kes jenayah dengan lebih berkesan, Polis

Diraja Malaysia (PDRM) memperkena­lkan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP), satu inovasi baru yang dicipta bertujuan untuk memudahkan orang awam menyalurka­n maklumat atau aduan.

Malah, melalui aplikasi ini, orang ramai yang memerlukan bantuan daripada pihak polis juga boleh mendapat akses mudah.

Modul yang terdapat dalam VSP pula membabitka­n aduan di mana pengguna boleh menyalurka­n maklumat kepada pihak polis untuk memantau rumah atau membuat rondaan dari semasa ke semasa sekiranya mereka balik kampung.

Selain itu, VSP turut menyediaka­n butang direktori untuk senarai alamat dan nombor telefon ibu pejabat polis kontinjen bagi memudahkan orang ramai mendapatka­n matlumat dan perkhidmat­an. Ia juga dilengkapi dengan Google Maps.

Antara maklumat dan aduan lain yang boleh disalurkan seperti kes ragut, dadah, jenayah, lumba haram, penyeludup­an, balik kampung dan lain-lain maklumat yang memerlukan tindakan polis.

Aplikasi ini boleh didapatkan menerusi platform Play Store dan App Store.

Inovasi baru mudahkan orang awam

salur maklumat, aduan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia