Harian Metro

ADIRA OBSES FESYEN SEJAK KECIL

- Fatin Farhana Japre gen.y@hmetro.com.my

Pemilik akaun Instagram (IG) @adirasalah­udi,

Siti Nur Adira Salahudi,

20, atau lebih mesra disapa Adira mempunyai 405,000 pengikut di laman sosialnya itu.

Ikuti temu bual penulis bersama gadis cantik kacukan Thailand dan Arab ini.

SOALAN (S): Kongsikan serba sedikit mengenai latar belakang Adira?

Adira (A): Saya anak bongsu daripada empat adik-beradik dan berasal dari Kuala Terengganu.

Sejak usia 19 tahun lagi saya sudah membabitka­n diri dalam bidang peragaan secara sepenuh masa dan kini masih menuntut di tahun dua dalam jurusan Diploma Kreatif Skrin di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Perdana, Shah Alam.

S: Apakah faktor ramai netizen mengikuti perkembang­an Adira di

IG?

A: Saya mendaftar akaun IG pada usia 18 tahun dan jumlah pengikut ‘melonjak naik’ secara tiba-tiba apabila gambar saya tular di laman sosial.

Rata-rata netizen menyatakan wajah saya seiras bintang Korea Selatan, Song Ji Hyo menyebabka­n saya digelar Song Ji Hyo Malaysia.

Apabila jumlah pengikut semakin ramai, saya ditawarkan pekerjaan sebagai model pakaian dan produk serta diminta melakukan reviu produk sehingga kini.

Malah saya memang obses dengan fesyen sejak kecil lagi!

Selalunya netizen akan minta tip penjagaan wajah dan cara menggayaka­n pakaian.

Ini kerana saya hanya bersolek nipis dan sering memuat naik gambar ‘outfit of the day’ mengikut gaya atau cita rasa sendiri.

S: Boleh kongsikan hobi atau aktiviti Adira pada waktu lapang?

A: Secara jujurnya, jadual harian saya terlalu padat dan tiada masa untuk beriadah.

Namun jika ada masa, saya akan pergi melancong ke pulau sekitar Malaysia untuk meneroka tempat yang jarang dilawati.

Saya juga pencinta haiwan! Di rumah saya ada membela seekor kucing Parsi yang diberi nama Sora. Saya hanya suka haiwan berbulu dan fobia kepada haiwan yang tidak berbulu seperti cicak yang pernah masuk dalam baju saya!

Selain itu, saya suka memasak. Saya pandai memasak apa saja lauk berkonsepk­an kampung seperti ayam masak merah yang diwarisi daripada

S: Adira menjadi inspirasi netizen terutama remaja untuk berfesyen. Boleh kongsi berapa banyak koleksi pakaian dan bagaimana cita rasa fesyen Adira?

A: Sebenarnya sejak kecil lagi Abah suka membelikan saya dan kakak baju yang cantik dan trendy.

Malah sekarang pun Abah masih membantu saya membuat keputusan untuk memadankan pakaian kerana dia ibarat perunding imej saya.

Walaupun Abah seorang ahli perniagaan, dia sangat kreatif dalam banyak perkara.

Menyentuh soal koleksi pakaian, saya tidak mempunyai almari pakaian, tetapi ada satu bilik khas yang dijadikan tempat menyimpan pakaian.

Pakaian saya terlalu banyak, lebih 100 helai kerana ia bukan saja dibeli sendiri malah turut ditaja.

Dari segi cita rasa pula, saya suka cari idea untuk fesyen berhijab daripada model luar negara. Ini kerana fesyen mereka menunjukka­n wanita berhijab juga boleh berfesyen seiring perubahan zaman.

Walaupun fesyen saya pernah dikecam, saya tetap positif kerana setiap individu ada cita rasa tersendiri.

S: Apakah perancanga­n dan impian Adira pada masa akan datang?

A: Perancanga­n saya dalam masa terdekat ini nak kembangkan bisnes sedia ada dan mahu mengeluark­an pakaian jenama sendiri.

Buat masa ini, saya dah ada tiga produk iaitu baju kebaya wrap, inner lace scarf dan kanta lekap (contact lens) eyesofadir­a yang dipasarkan secara dalam talian di @eoa. official.

Sekarang saya dalam perancanga­n hasilkan pakaian berkonsepk­an ‘ready to wear’ kerana menjadi kegemaran sendiri dan remaja lain.

Saya berharap produk keluaran akan menembusi pasaran antarabang­sa suatu hari nanti.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia