Harian Metro

Galak anak buat aktiviti luar

-

Kepesatan teknologi turut membawa perubahan besar terhadap tabiat kanakkanak sekali gus memberi cabaran yang hebat untuk ibu bapa dalam membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan anak mereka.

Gajet elektronik, alat permainan video dan peranti mudah alih dilihat seolah-olah menggantik­an aktiviti menyeronok­kan sebagai kanak-kanak seperti bermain di taman permainan, berekreasi bersama keluarga pada hujung minggu dan pelbagai aktiviti berfaedah lain.

Bagaimanap­un, ibu bapa seharusnya memainkan peranan dengan mengehadka­n penggunaan gajet dalam kehidupan anak dan berusaha menjadikan kehidupan aktif sebagai amalan sekeluarga.

Pakar Pediatrik DEMC Dr Roliza Ibrahim berkata, semakin ramai kanakkanak yang terlalu terdedah dengan gajet hingga ada antaranya yang menjadi ketagih.

Menurutnya, ketagihan gajet bukan lagi asing malah pada tahap membimbang­kan hingga satu tahap mereka tidak mahu keluar rumah untuk melakukan aktiviti sihat sekali gus meningkatk­an risiko obesiti pada usia muda. Lebih membimbang­kan, aktiviti luar yang menarik dianggap membosanka­n.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia