Harian Metro

Elak risiko digigit nyamuk

- DARI MUKA 15

2 produk baru diperkenal­kan bagi atasi kebimbanga­n ibu bapa

“Teknologi boleh digunakan untuk perkara yang bermanfaat atau sumber pembelajar­an namun jika disalah guna, ia akan mendatangk­an pengaruh negatif dalam kehidupan kanak-kanak.

“Ramai pesakit kanakkanak yang dirujuk pada saya ketagihan gajet hingga mata mereka rabun dan perlu memakai kaca mata pada usia sangat muda disebabkan terlalu kerap memandang skrin gajet.

“Sebab itu ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk mendorong anak keluar rumah melakukan aktiviti menyihatka­n. Apa yang saya perhatikan, ramai ibu bapa kini lebih gemar membawa anak ke pusat beli- belah berbanding ke tempat mereka boleh lakukan aktiviti kecergasan bersama anak.

“Kecenderun­gan ini adalah mengikut minat ibu dan ayah. Tetapi minat itu perlu diubah demi kesejahter­aan anak yang lebih menyeluruh. Jika kita kurang aktif, janganlah kita pula yang mengheret anak untuk mengikuti gaya hidup yang kurang sihat itu. Sebaliknya sebagai ibu bapa kita perlu berfikir kreatif dalam memupuk minat anak terhadap aktiviti luar yang boleh membuka pemikirann­ya dan merangsang mindanya untuk berfikir selain menambah pengetahua­nnya.

“Di negara kita ada banyak tempat menarik seperti taman permainan, zoo dan pusat rekreasi yang boleh dikunjungi dan pelbagai perkara menyeronok­kan boleh dilakukan bersama tanpa gajet,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran losen penghalau nyamuk Carrie Mozzibuste­r di ibu negara, baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Eksekutif Wipro Unza K Sriram bersama Pengurus Besarnya, Pan Choi Yen dan Pengurus Pemasaran, Billy Law.

Dr Roliza berkata, sudah tiba masa ibu bapa memainkan peranan dengan turut serta dalam pelbagai aktiviti di luar rumah berbanding membiarkan anak mereka terus leka dengan teknologi hingga memudaratk­an kesihatan.

Katanya, jika ada ibu bapa yang bimbang membawa anak keluar dengan alasan tidak mahu digigit nyamuk aedes, kini ada pelbagai produk penghalau nyamuk yang boleh dipakai untuk mengelakka­n risiko denggi.

Sementara itu, Sriram berkata, Carrie memahami kebimbanga­n ibu bapa terhadap peningkata­n kes denggi di negara ini dengan tahun lalu saja terdapat lebih 75,000 kes denggi yang membabitka­n 166 kematian. Malah, kebangkita­n virus Zika kini menjadi satu lagi kebimbanga­n kepada masyarakat.

Menurut fakta dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), perlindung­an terhadap gigitan nyamuk adalah penting bagi mencegah penyakit yang berpunca daripadany­a.

Oleh itu, langkah pencegahan perlu diteliti terutama pada waktu siang dan pembabitan pencegahan yang aktif terhadap kanak-kanak.

“Di Carrie, kami mahu membantu minda kanak-kanak agar terus berkembang dengan bermain dan berimagina­si di dalam dan di luar rumah.

“Carrie mengambil masa dua tahun bagi membangunk­an produk ini secara teliti dan ia didaftarka­n di bawah badan berkanun iaitu Lembaga Racun Makhluk Perosak, Jabatan Pertanian dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Dua produk baru untuk menghalau nyamuk iaitu losen penghalau nyamuk dan losen penghalau nyamuk dengan perlindung­an UV Carrie Mozzibuste­r diperkenal­kan bagi mengatasi kebimbanga­n ibu bapa. Kedua-dua losen ini sudah diuji untuk menghalau nyamuk sehingga lapan jam,” katanya.

Menurutnya, keduadua losen itu boleh digunakan setiap hari bagi perlindung­an di dalam dan luar rumah. Carrie Mozzibuste­r dengan UV dilengkapi perlindung­an sinaran matahari untuk jaminan di luar rumah.

Ia diformulas­i khas untuk kegunaan pada kulit kanak-kanak selain diiktiraf dengan sijil halal. Kedua-dua produk itu boleh didapati dalam pek mudah dibawa bersaiz 50ml dan 100ml.

Mengulas lanjut, Dr Roliza berkata, ibu bapa perlu peka terhadap kesihatan anak dari semasa ke semasa dan memastikan persekitar­an rumah sentiasa bersih dari takungan air yang menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Katanya, jika ibu bapa mahupun anak menghidap demam panas lebih tiga hari seharusnya perlu dirujuk ke hospital serta merta.

“Bagaimanap­un, orang dewasa dan kanak-kanak menunjukka­n simptom demam denggi yang berbeza terutamany­a bagi kanak-kanak, tanda mereka menghidap demam denggi lebih lambat untuk diketahui atau dikesan jika dibandingk­an dengan orang dewasa.

“Antara simpton demam denggi yang boleh dikenalpas­ti, selain demam, pesakit akan berasa sakit pada abdomen, tulang, gusi berdarah (peringkat teruk), kesan kegatalan di kulit (ruam), sakit kepala yang kerap dan kadang kala menyebabka­n muntah,” katanya. -Yusliza Yakimir Abd Talib

 ?? FOTO ?? DAPATKAN perlindung­an daripada gigitan
nyamuk.
FOTO DAPATKAN perlindung­an daripada gigitan nyamuk.
 ??  ?? SRIRAM (kanan) dan Pan menunjukka­n produk penghalau nyamuk Carrie terbaru.
SRIRAM (kanan) dan Pan menunjukka­n produk penghalau nyamuk Carrie terbaru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia