Harian Metro

Masak spageti Ariabata makanan laut

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Itali memang dikenali dengan masakannya, malah boleh dikatakan banyak makanan berasal dari negara itu menjadi kegemaran seantero dunia.

Di Malaysia, sebutkan saja sajian dari negara itu yang sering menjadi hidangan kegemaran ramai seperti pasta atau piza. Malah, kafe atau restoran yang menyajikan masakan Itali di negara ini tidak terkira banyaknya seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Ciri khas masakan Itali adalah makanan dibuat dengan hati yang senang dan penuh semangat.

Boleh dikatakan kita sudah merasai pelbagai masakan berasal dari negara itu yang juga gabungan begitu banyak bahan segar, rencah pelbagai dan membuatnya sendiri di rumah tidaklah sesukar mana.

Salah satu masakan

Itali yang mencermink­an semangat ini ialah pembuatan pasta. Pasta boleh dimasak dengan beberapa jenis sos antaranya karbonara dan bolognes, tidak kurang juga yang mengolah rasanya agar lebih pedas.

Megat Mohd Azhar Megat Ismail, pengasas

Penggunaan cili padi penuhi cita rasa

penggemar masakan pedas

bersama restoran Besito’s Survival di Seksyen

23, Shah Alam berkata, menyediaka­n hidangan pasta amat mudah dan boleh dilakukan sendiri di rumah, malah dengan menggunaka­n beberapa bahan saja, hidangan ini dapat dinikmati dengan lazat.

Sos pasta biasanya disajikan dengan pasta seperti spageti dan bahannya diolah mengikut cita rasa sendiri. Ada yang menggemari pasta yang dicampur dengan kepingan ikan, daging atau ayam, cendawan dan tidak kurang juga bahan berasaskan makanan laut.

“Apa yang penting, cita rasa tempatan menambah keenakan hidangan ini dan membezakan­nya antara restoran atau kafe yang lain. Bagi hidangan spageti Ariabata dari restoran ini misalnya, penggunaan cili padi memberi rasa pedas yang boleh dinikmati penggemar masakan pedas,” katanya.

Tip untuk memasak spageti agar tidak melekat adalah dengan menambahka­n minyak dalam rebusan air. Selain itu, waktu merebus juga perlu diperhatik­an agar spageti tidak terlalu lembik dan hancur. Megat Mohd Azhar menunjukka­n cara memasak spageti Ariabata makanan laut yang mudah dan boleh dilakukan sendiri di rumah.

 ??  ??
 ??  ?? 4. TAMBAH sedikit air dan biarkan mendidih seketika
5. MASUKKAN sos tomato dan sos cili
6. MASUKKAN tomato, daun sup dan daun bawang, kacau hingga kuah pekat.
7. MASUKKAN spageti dan hidangkan panas.
4. TAMBAH sedikit air dan biarkan mendidih seketika 5. MASUKKAN sos tomato dan sos cili 6. MASUKKAN tomato, daun sup dan daun bawang, kacau hingga kuah pekat. 7. MASUKKAN spageti dan hidangkan panas.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia