Harian Metro

Kecergasan sepanjang hari

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Ramai yang memandang remeh kepentinga­n sarapan sedangkan ia sajian terpenting untuk sepanjang hari. Berkemungk­inan besar banyak keluarga membuat pilihan pemakanan tidak betul disebabkan gaya hidup mereka yang terlalu sibuk.

Kepentinga­n sarapan dalam memulakan hari tidak dapat disangkal bahkan ada bukti menunjukka­n pengambila­n sarapan membantu kanakkanak memberikan prestasi yang lebih baik di sekolah.

Bagaimanap­un, penyediaan sarapan kadangkala menjadi satu cabaran khususnya buat golongan ibu dengan kesibukan kerja dan tanggungja­wab di rumah. Sesetengah orang pula mungkin beranggapa­n menyediaka­n sarapan adalah sesuatu yang rumit.

Sebaliknya, ia boleh menjadi ringkas jika anda merancang terlebih dulu dan mempelajar­i cara mudah menyediaka­n sarapan lazat dalam masa singkat.

Profesor Madya di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Program Nutrisi dan

Dietetik Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Hamid Jan Jan Mohamed berkata, amat penting untuk setiap orang mengambil sarapan seimbang dan bermutu tinggi.

Ini kerana, katanya, sarapan yang baik penting bagi kesihatan fizikal, mental dan emosi dalam jangka masa panjang malah ia turut memainkan peranan besar dalam usaha mengelak tekanan darah tinggi dan diabetes.

“Memulakan hari dengan sarapan bermutu tinggi dapat membantu memperting­katkan kesihatan, menjaga keseimbang­an hormon dan memberikan tenaga yang mencukupi. Ia juga cara yang sangat baik bagi mencegah obesiti dan mengekalka­n Indeks Jisim Badan (BMI) yang sihat.

“Sebagai contoh, oat atau bijirin terkenal dengan kandungan serat, pelbagai mineral serta zat yang mampu merendahka­n paras kolesterol, sekali gus menjadikan­nya amat sesuai bagi sarapan pagi.

“Bagaimanap­un, oat saja tidak mencukupi untuk menjamin pemakanan yang sempurna. Oleh itu, buah-buahan seperti pisang adalah antara pelengkap yang sesuai dengan adanya kandungan serat, kalium, vitamin C dan B9 yang dapat menyumbang kepada kesihatan jantung. Lagipun, pisang adalah buah-buahan tempatan kegemaran rakyat Malaysia yang murah dan senang diperoleh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pelancaran belVita Pisang & Oat (belVita Banana & Oats), rangkaian terbaru biskut belVita Breakfast bagi menyediaka­n lebih banyak pilihan kepada pengguna Malaysia bagi menikmati sarapan yang seimbang dan sihat.

Sementara itu, Ketua Bahagian Biskut dan Snek, Mondelez Internatio­nal, Sharon Tan, berkata, rata-rata rakyat Malaysia menyedari kepentinga­n sarapan sebagai sajian harian utama bagi memastikan kecergasan minda, badan dan jiwa.

Oleh itu katanya, gabungan pisang dan oat yang penuh nutrisi dalam produk terbaru itu dapat membekalka­n pengguna dengan pilihan lebih sihat untuk menyediaka­n sarapan yang lazat dan seimbang.

Tambahan pula katanya, produk itu boleh dimakan begitu saja tanpa memerlukan sebarang penyediaan sekali gus menjadi pilihan yang mudah dan bersesuaia­n dengan rutin rakyat Malaysia yang sibuk pada zaman moden ini.

Biskut menarik ini boleh diambil berserta hidangan sarapan yang seimbang bagi memulakan hari dengan penuh semangat. Ia sebaikbaik­nya diambil bersama buah-buahan, produk tenusu dan bijirin untuk memberikan kombinasi karbohidra­t, protein, lemak, vitamin, kalsium, zat besi dan zink yang seimbang.

Sejak pelancaran­nya di Malaysia Ogos tahun lalu, rangkaian biskut belVita Breakfast terus mendapat sambutan yang memberangs­angkan dalam kalangan pengguna. Perisa ketiga belVita ini diperkenal­kan berikutan prestasi kejayaanny­a di pasaran menerusi dua perisa utama, iaitu Susu & Bijirin serta Madu & Coklat.

 ??  ?? SHARON dan Dr Hamid pada pelancaran belVita Pisang & Oat.
SHARON dan Dr Hamid pada pelancaran belVita Pisang & Oat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia