Harian Metro

Semarak cinta ‘minuman kebangsaan’

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Kemeriahan sambutan kemerdekaa­n terus dirasai dengan pelbagai program berkaitan mula dilaksanak­an untuk menyemarak­kan hari bersejarah itu.

Tidak ketinggala­n, jenama teh, Lipton turut melancarka­n kempen untuk menyatukan rakyat Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat bagi meraikan minumam kegemaran mereka, teh tarik melalui Hari Teh Tarik Malaysia yang julung kali diadakan pada 15 September ini.

Teh tarik sememangny­a minuman yang paling digemari rakyat

Malaysia dan ada pihak mengangkat­nya sebagai minuman kebangsaan kerana keupayaann­ya untuk menyatukan masyarakat berbilang bangsa serta budaya di negara ini.

Minuman ini juga sentiasa mempunyai tempat yang istimewa di dalam hati setiap rakyat Malaysia. Ia bukan saja digemari rakyat tempatan tetapi turut dinikmati di negara jiran yang membuatkan rakyat Malaysia berasa bangga dengan kemasyhura­n teh tarik.

Bagi menyemarak­kan lagi rasa cinta terhadap teh tarik, pasukan Lipton akan mengadakan siri jelajah dengan menaiki van ke seluruh negara untuk berkongsi keenakan minuman yang dibuat dengan Lipton Ekstra Kaw bersama rakyat Malaysia.

Selepas kempen ini berjaya mendapat sokongan rakyat Malaysia dan meraih 150,000 undian, Lipton akan mengumumka­n Hari Teh Tarik Malaysia dan meraikan detik bersejarah ini dengan mengagihka­n sejuta cawan teh tarik yang dibuat menggunaka­n Lipton Ekstra Kaw kepada rakyat negara ini.

Pengarah Pemasaran Makanan dan Minuman Unilever Malaysia, Shiv Sagal berkata, Lipton memahami rasa cinta rakyat Malaysia terhadap teh tarik yang bukan sekadar minuman, malah mengeratka­n hubungan antara keluarga dan rakan dengan menyatukan mereka bersama.

“Kami percaya teh tarik mampu mengeratka­n hubungan antara masyarakat, oleh itu tiada cara yang lebih baik untuk meraikan rasa nikmat dalam kalangan rakyat kecuali dengan meraikan Hari Teh Tarik Malaysia yang pertama.

“Selepas sekian lama bertapak di negara ini, Lipton sangat memahami kecintaan rakyat Malaysia terhadap teh. Rakyat di negara ini boleh berbangga dengan keunikan budaya meminum tehnya, apabila teh tarik boleh dianggap sebagai minuman kebangsaan dan menjadi suatu kemestian bagi kebanyakan orang selain sering dihidangka­n dalam apa jua majlis.

“Dari segi rasanya pula, umum mengetahui rakyat negara ini menggemari rasa teh yang pekat dan beraroma, yang menjadi asas terbaik untuk teh tarik,” katanya.

Oleh itu, berbekalka­n pengetahua­n ini, Lipton menghasilk­an teh tarik Lipton Ekstra Kaw yang mempunyai rasa dan aroma lebih kuat serta daun tehnya menghasilk­an warna lebih pekat sesuai dengan cita rasa pengguna tempatan.

Dengan rumusan serta warnanya yang diperkaya menjadikan ia pilihan terbaik untuk membuat teh tarik, membantu penggemar teh mendapatka­n keseimbang­an sempurna antara teh dan susu.

“Kami melihat peluang menggunaka­n teh untuk mengeratka­n lagi hubungan sesama keluarga dan produk ini membolehka­n rakyat menikmati teh tarik sedap dengan rasa dan aromanya yang diperkaya di rumah,” katanya.

Bagi menjayakan sambutan berkenaan bersempena Hari Malaysia serta meraikan semangat muhibah, Lipton Ekstra

Kaw berharap untuk mendapatka­n sokongan lebih 150,000 rakyat Malaysia.

Bagi merealisas­ikan usaha berkenaan, penggemar teh tarik boleh menunjukka­n sokongan mereka dengan mengunjung­i laman Facebook Lipton Malaysia dan kemudian klik ‘Like’ (Suka) pada pos Hari Teh Tarik Malaysia hingga 14 September ini.

 ??  ?? TEH tarik menyatukan ramai rakyat Malaysia.
TEH tarik menyatukan ramai rakyat Malaysia.
 ??  ?? LIPTON Ekstra Kaw
LIPTON Ekstra Kaw

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia