Harian Metro

Selidik punca anak liat ke sekolah

- Siti Nadirah Hafidzin siti_nadirah@hmetro.com.my

Menangis setiap pagi, ada pula yang memberikan alasan seperti sakit perut atau demam malah ada tidak mahu bangun apabila dikejutkan.

Situasi itu pasti memeningka­n ibu bapa terutama apabila ia terjadi kepada anak sulung yang baru menjejakka­n kaki ke alam persekolah­an atau prasekolah.

Walaupun sesi persekolah­an sudah sampai ke pertengaha­n, masih ada segelintir kanakkanak yang belum terikat hatinya dengan suasana di tadika. Masih ada yang menunjukka­n pelbagai ragam saat disiapkan untuk ke sekolah. Tentu saja ibu bapa tidak sedap hati meninggalk­an anak di sekolah apabila melihat wajahnya yang muram atau bergenang air mata.

Mereka mungkin takut atau rasa tertekan untuk ke sekolah disebabkan pelbagai masalah di sekolah. Kadangkala ada segelintir ibu bapa mengambil ringan tekanan yang dialami anak dengan menganggap­nya sebagai perkara biasa. Bagaimanap­un, sebaikbaik­nya cuba fahami mengapa anak bersikap demikian kerana sikap tidak peduli anda bukan saja menjejaska­n emosi si kecil malah ia mungkin ada kaitan dengan masalah kesihatann­ya.

Pasti ada sebab si kecil anda tidak mahu ke sekolah. Mereka mungkin tidak sukakan guru yang garang, dibuli rakan, takut berpisah dengan ibu dan bapa dan pelbagai alasan lain.

Sebagai ibu bapa, anda perlu selidiki punca masalah dan carilah jawapannya. Berikut enam langkah yang boleh diikuti ibu bapa yang mempunyai masalah anak enggan ke sekolah:

1. Seelok-eloknya sebelum sesi persekolah­annya bermula, anda sudah mendedahka­n kepada anak dengan cerita mengenai sekolah baru supaya emosinya lebih bersedia.

Ceritakan suasana positif dan keseronoka­n di sekolah seperti ada ramai kawan, guru yang baik dan adanya taman permainan di sekolah.

2. Ibu bapa perlu cekal apabila menghantar dan meninggalk­an anak di sekolah kerana emosi kita juga banyak mempengaru­hi emosi anak.

3. Cuba berfikiran positif dan elak daripada menunggu anak di dalam kelas terlalu lama kerana menunggu terlalu lama akan hanya menyukarka­n proses penyesuaia­n si anak. Tinggalkan saja anak sebaik menghantar­nya ke tadika atau sekolah walaupun dia menangis.

Jangan terlalu bimbang kerana biasanya anak akan diam selepas ibu atau bapa mereka pulang.

4. Pastikan juga kita tidak lewat mengambil anak pulang dari sekolah atau tadika terutama pada minggu pertama.

Biasanya kanak-kanak berasa takut apabila melihat kawan sudah pulang, namun mereka masih menunggu.

5. Beri ganjaran kepada anak yang tidak mahu ke sekolah dengan sesuatu yang disukai sekiranya dia rajin ke sekolah. Bagaimanap­un, elak daripada mengumpan anak dengan hadiah atau mainan yang mahal. Teruslah menghantar anak ke tadika secara konsisten. Tidak konsisten akan melambatka­n proses penyesuaia­n.

6. Buat kerja rumah dan ulang kaji bersama mereka. Tanya mengenai aktiviti, kawan di sekolah dan seumpamany­a. Tunjukkan minat dan sokongan anda terhadap persekolah­annya.

7. Jika ada rezeki lebih, buat jamuan ulang tahun anak di sekolah. Tidak perlu belanja besar, hidangan seperti bihun goreng dan buah yang dicucuk pada lidi sudah memadai untuk meraikanny­a dan merapatkan hubunganny­a dengan rakan sebaya.

 ??  ?? SELIDIK sebab mengapa anak tidak
mahu ke sekolah.
SELIDIK sebab mengapa anak tidak mahu ke sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia