Harian Metro

CUBAAN KALI KE-20

> Meskipun 19 kali ditumpaska­n, satu sindiket tetap cuba membawa masuk sejumlah enam guni syabu bernilai RM10.55 juta ke Malaysia, kelmarin. Siasatan mendedahka­n sindiket itu mencampur aduk enam guni syabu bersama 794 guni berisi kimia magnesium sulfat na

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Mohd Hasbi Sidek am@hmetro.com.my

Enam guni syabu bernilai RM10.55 juta yang dirampas kelmarin diseludup masuk ke negara ini dari India oleh sindiket yang 19 kali ditumpaska­n pihak berkuasa namun aktif semula dengan pelbagai taktik baru.

Taktik terbaru sindiket itu ialah mencampura­dukkan enam guni syabu bersama 794 guni berisi kimia magnesium sulfat namun dapat dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Rampasan itu dilakukan anggota Cawangan Narkotik JKDM di sebuah gudang di Taman Perindustr­ian Bukit Serdang, Selangor, jam 6 petang kelmarin.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T Subromania­m berkata, syabu seberat 150.72 kilogram itu dipercayai untuk pasaran luar kerana jumlahnya besar.

Beliau berkata, pihaknya sebelum ini melakukan risikan terhadap rancangan sindiket penyeludup­an dadah antarabang­sa yang dikesan cuba membawa masuk syabu dari Chennai, India dalam skala besar.

“Dadah itu dipercayai diseludup menggunaka­n kontena melalui Pelabuhan Klang sebelum dihantar terus ke gudang di Bukit Serdang.

“Bagi mengaburi pemeriksaa­n di pelabuhan, sindiket mengisytih­arkan guni yang dibawa masuk itu mengandung­i kimia magnesium sulfat yang digunakan bagi tujuan perubatan serta baja,” katanya.

Menurutnya, susulan maklumat itu, sepasukan anggota JKDM menyerbu gudang berkenaan dan menahan seorang ahli sindiket warga tempatan berusia 40 tahun bersama sebuah pacuan empat roda.

“Turut ditahan lima lelaki warga Bangladesh dan seorang lelaki Nepal yang bekerja memunggah guni berkenaan dari dalam kontena.

“Hasil pemeriksaa­n terhadap kandungan enam guni tertera tulisan Mystic Chemical Services menemui serbuk putih disyaki dadah methamphet­amine atau syabu.

“Bagaimanap­un 794 guni lagi yang berada di dalam kontena itu hanya berisi kimia magnesium sulfat yang digunakan bagi mengeliruk­an pihak berkuasa dan kastam di pelabuhan,” katanya.

Menurutnya, semua dadah itu dianggarka­n bernilai RM10.55 juta dan dianggap rampasan terbesar tahun ini.

“Tidak dapat dipastikan sama ada semua dadah dirampas ini untuk pasaran tempatan. Ada kemungkina­n Malaysia dijadikan transit sementara sebelum dadah itu diseludup ke negara jiran.

“Siasatan dijalankan terhadap syarikat pembekalan, ejen perkapalan dan tempat dadah itu disimpan. Siasatan mendapati sindiket bukan ‘pemain baru’ dan pernah melakukan kegiatan sama berulang kali,” katanya.

Menurutnya, maklumat mendapati sindiket sama pernah melakukan 19 penyeludup­an sebelum ini menggunaka­n taktik sama.

“Semua guni berisi dadah itu dibawa ke pejabat JKDM di Nilai, Negeri Sembilan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952

JKDM baru-baru ini turut menumpaska­n sindiket penyeludup­an dadah berasal dari Uttar Pradesh, India apabila merampas 25 kilogram dadah syabu di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Dalam kejadian 2 Ogos lalu, dadah bernilai RM1.7 juta itu diikrar sebagai perkakas dapur dan diletakkan di dalam lima kotak berasingan.

Bagi mengaburi pemeriksaa­n di pelabuhan, sindiket mengisytih­arkan guni yang dibawa masuk itu mengandung­i kimia magnesium sulfat yang digunakan bagi tujuan perubatan serta baja”

T Subromania­m

 ??  ?? Sindiket cuba seludup 6 guni syabu RM10.55 juta tumpas
Sindiket cuba seludup 6 guni syabu RM10.55 juta tumpas
 ??  ??
 ??  ?? GUNI dipercayai berisi syabu yang dirampas dari gudang di Taman Perindustr­ian Bukit Serdang, Selangor, petang kelmarin.
GUNI dipercayai berisi syabu yang dirampas dari gudang di Taman Perindustr­ian Bukit Serdang, Selangor, petang kelmarin.
 ??  ?? PREMIS yang dijadikan transit lokasi 800 guni baja termasuk syabu didapati kosong, petang semalam.
PREMIS yang dijadikan transit lokasi 800 guni baja termasuk syabu didapati kosong, petang semalam.
 ??  ?? PEKET plastik berisi dadah syabu ditemui disembunyi­kan di dalam guni magnesium sulfat.
PEKET plastik berisi dadah syabu ditemui disembunyi­kan di dalam guni magnesium sulfat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia