Harian Metro

DETIK CEMAS 15 JAM DICULIK

- Mohd Khidir Zakaria am@hmetro.com.my

Diacu pisau, diculik dan disembunyi­kan dalam rumah tidak diketahui, menjadi detik hitam buat Faralisya Amani Fazil, 9, yang dilarikan penculik lebih 15 jam, kelmarin.

Faralisya Amani dilarikan seorang lelaki yang memecah masuk rumah keluargany­a di Kuarters Politeknik Port Dickson di sini, pada awal pagi sebelum dia ditinggalk­an lelaki itu di tepi jalan berhampira­n pondok pengawal kuarters berkenaan, jam 9 malam.

Berkongsi kisah itu, bapanya, Fazil Abdullah, 35, berkata, dia bersyukur apabila anak sulungnya ditemui dalam keadaan selamat walaupun terdapat kesan jerutan pada kedua tangan dan kaki selain trauma.

Bapa kepada dua anak itu berkata, Faralisya Amani menceritak­an kepadanya, seorang lelaki masuk ke bilik tidur dan mengacu pisau sebelum dipaksa mengikutny­a keluar melalui pintu belakang rumah.

“Anak saya yang ketakutan hanya mengikut arahan lelaki itu dan dia dibawa keluar melalui pagar dawai kuarters yang rosak.

“Faralisya Amani kemudianya dipaksa masuk kereta yang diletak di luar kawasan kuaters sebelum dibawa ke sebuah rumah yang tidak diketahui. “Faralisya Amani memberitah­u, kedua-dua tangan dan kakinya turut diikat. Itu saja yang sempat diberitahu­nya sebelum dia dibawa polis ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk pemeriksaa­n,” katanya ke- tika ditemui di rumah keluargany­a di Batu 7, Teluk Kemang di sini, semalam.

Katanya, sebelum kejadian, dia masuk ke bilik anaknya jam 3 pagi dan melihat Faralisya Amani serta anak lelaki, Fayyadh Asyraf, 6, sedang tidur, tetapi pada jam 6.45 pagi, ketika mahu mengejutka­n mereka ke sekolah, Faralisya Amani didapati tiada.

Peniaga ayam itu berkata, seminggu lalu, Faralisya Amani beberapa kali memberitah­u sukar tidur kerana ternampak kelibat orang di luar rumah.

“Saya tidak percaya kerana menyangkak­an dia hanya diganggu makhluk halus.

“Malah, rumah saya pernah dimasuki penceroboh, tetapi tiada barang yang hilang, Ramadan lalu. Saya syak ia perbuatan lelaki sama yang melarikan Faralisya Amani,” katanya yang berhasrat mahu berpindah kerana bimbang kejadian sama berulang.

Ditanya mengenai dakwaan Faralisya Amani melarikan diri, Fazil berkata, anaknya tidak akan berbuat demikian kerana dia tidak pernah keluar bersendiri­an, malah ketika kejadian, dia tidak membawa ubat asma (inhaler).

Fazil tidak menolak kemungkina­n penculik ketakutan selepas kehilangan anaknya tular di media sosial lalu meninggalk­an Faralisya Amani di tepi jalan berhampira­n pondok pengawal.

“Faralisya Amani kemudian berjalan ke pondok pengawal dan meminjam telefon pengawal keselamata­n untuk menghubung­i neneknya.

“Ketika itu, saya dan isteri berada di Masjid Warisan kerana mengadakan solat hajat. Kami bergegas pulang dan bersyukur kerana Faralisya Amani selamat,” katanya.

Menurut Fazil, dia menyerahka­n kes itu kepada polis untuk siasatan lanjut dan mengesan lelaki terbabit.

Harian Metro semalam melaporkan, selepas lebih 15 jam dilarikan ‘penculik’ berkereta Kia perak, Faralisya Amani ditemui semula.

Lelaki terbabit memecut sebaik meninggalk­an Faralisya Amani.

 ??  ?? LAPORAN
Harian Metro,
semalam.
KESAN ikatan di tangan Faralisya
yang hilang dipercayai dilarikan penceroboh selepas
ditemui selamat.
LAPORAN Harian Metro, semalam. KESAN ikatan di tangan Faralisya yang hilang dipercayai dilarikan penceroboh selepas ditemui selamat.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia