Harian Metro

Kurang akauntan Bumiputera

-

Malaysia masih kekurangan akauntan yang mempunyai kelulusan profesiona­l terutamany­a dalam kalangan Bumiputera.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, berdasarka­n maklumat keahlian Institut Akauntan Malaysia (MIA), bilangan akauntan bertauliah yang berdaftar dengan MIA adalah 33,382.

Katanya, daripada jumlah itu, 20,032 ahli mempunyai kelulusan badan profesiona­l perakaunan dan hanya 1,686 atau 8.4 peratus daripadany­a akauntan Bumiputera yang berkelulus­an dalam badan profesiona­l perakaunan.

“Peranan akauntan bukan lagi tertumpu kepada kerja operasi, tetapi perlu berada di meja pembuat keputusan, menjadi pemimpin, malah mereka perlu memperkema­skan lagi kemahiran analitikal, perundinga­n dan berkeboleh­an dalam menginterp­retasi data kewangan dengan cara mudah difahami,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia