Harian Metro

Persatuan insurans nafi dakwaan anggota minta potongan kos perubatan

-

Persatuan insurans mengesahka­n tiada syarikat anggota dan pengendali takaful meminta potongan daripada hospital untuk kos perubatan yang ditanggung pemegang polisi mereka.

Dalam kenyataan bersama Persatuan

Insurans Hayat Malaysia, Persatuan Insurans Am Malaysia dan Persatuan Takaful Malaysia berkata, pihaknya memandang berat dakwaan tidak berasas hospital terbabit.

Persatuan itu berkata, syarikat insurans dan pengendali takaful bekerja rapat dengan hospital serta pentadbir pihak ketiga bagi memastikan kos penjagaan kesihatan kekal mampu ditanggung.

“Kenaikan kadar premium sejak beberapa tahun kebelakang­an ini didorong oleh inflasi yang tinggi dalam kos penjagaan kesihatan dengan purata 12 peratus setahun sejak 2010 hingga 2014 dan dijangka meningkat kepada 15 peratus pada masa depan disebabkan beberapa faktor.

“Permintaan untuk perkhidmat­an penjagaan kesihatan yang baik oleh penduduk kaya, faktor penuaan dalam kalangan penduduk serta kadar penyakit kronik yang berleluasa, selain penyakit berpunca daripada gaya hidup seperti hipertensi, diabetes dan obesiti adalah penyumbang kepada peningkata­n kos penjagaan kesihatan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia