Harian Metro

17 Ogos keputusan bantahan permohonan

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi, di sini, semalam menetapkan 17 Ogos ini untuk keputusan bantahan oleh kerajaan terhadap permohonan Tun Dr Mahathir Mohamad yang memohon kebenaran mencabar kelayakan dua panel dalam Suruhanjay­a Siasatan bagi menyiasat urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia (BNM) 1990-an. Hakim Datin Azizah Nawawi membuat keputusan itu selepas bertemu Peguam Kanan Persekutua­n Datuk Amarjeet Singh dan peguam Muhamad Haniff Khatri Abdulla di kamarnya di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia