Harian Metro

TAMBAH 3 LAGI EMAS

Saritha bangkit ketika penentuan shoot-off, bantu negara pertahan emas compound berpasukan

- Azlan Muhammad Zain & Mohd Khairie Khalid sukan@hmetro.com.my

Biarpun Saritha Cham Nong dilihat gemuruh ketika beraksi di final sehingga menyebabka­n dia tidak mampu membuat panahan sempurna namun akhirnya pemanah itu berjaya bangkit pada saat akhir.

Sejak peringkat awal saingan final dia hanya berjaya mengutip lingkungan 8 dan 9 mata dalam empat ends sehingga membolehka­n Vietnam mengejar sekali gus terikat 225 di ends ke-4.

Namun panahan tepat Saritha pada penentuan shoot-off untuk memberikan 10 mata membolehka­n Malaysia meraih emas acara compound berpasukan wanita dengan kelebihan satu mata mengatasi lawan iaitu 253-252, sekali gus mempertaha­nkan emas diraih di Singapura dua tahun lalu.

Saritha mengakui dia sudah mencuba untuk melakukan panahan sempurna bagi melebarkan jurang dengan Vietnam namun rezeki masih belum memihak kepadanya.

“Saya sebenarnya cuba untuk mendapatka­n 10 mata sejak dari awal di peringkat final untuk membantu pasukan namun belum ada rezeki.

“Akhirnya, ia tiba di saat akhir ketika penentuan shoot-off.

“Saya sangat bersyukur dapat membantu pasukan menjadi juara acara compound berpasukan wanita. Jurulatih serta rakan sepasukan banyak membantu untuk kejayaan ini,” kata Saritha ketika ditemui sejurus tamat perlawanan di Padang sintetik Majlis Sukan Negara semalam.

Pasukan compound wanita negara meraih emas acara berpasukan selepas menundukka­n Vietnam menerusi penentuan shoot off selepas kedudukan terikat 225 pada set keempat.

Terdahulu, pasukan compound wanita negara mengesahka­n slot ke final selepas menewaskan Thailand 227-219.

 ??  ??
 ?? FOTO: ?? DARI kiri Fatin, Saritha, Syazhera, Zulfadli, Juwaidi dan Kin Lip memperaga emas dimenangi.
FOTO: DARI kiri Fatin, Saritha, Syazhera, Zulfadli, Juwaidi dan Kin Lip memperaga emas dimenangi.
 ??  ?? SARITHA dilihat gemuruh ketika final.
SARITHA dilihat gemuruh ketika final.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia