Harian Metro

SEWA HELI 3 SAHABAT

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Semua orang mengimpika­n mempunyai memori yang indah, unik dan menarik untuk dikenang sepanjang hayat. Lebih menarik jika memori yang disimpan itu hanya boleh dialami mungkin sekali dalam seumur hidup.

Itulah alasan yang menjadi tunjang kepada Marina Kenis, Lyssa Hamzah dan Rafiza Rahim berganding bahu mencipta idea serta kepakaran menubuhkan syarikat berasaskan ‘avi-lifestyle’, KHR Avi Services pada November tahun lalu.

Masing-masing mempunyai kepakaran dalam perniagaan yang berbeza, ada yang berpengala­man dalam dunia perundinga­n, pemasaran dan tidak kurang juga perniagaan runcit minyak serta gas.

Hasrat mereka hanya satu iaitu ingin memberi peluang kepada sesiapa saja yang berminat untuk mencipta memori dengan pengalaman mengagumka­n sekali seumur hidup pada tarikh peristiwa penting mereka.

Memori untuk diingati selama-lamanya itu sesuai bagi individu yang mahu meraikan cinta, mencuba cabaran baru, melakukan gimik majlis pelancaran ataupun sebagai alat pemasaran yang unik.

Sesekali melihat suasana kota Kuala

Lumpur dan kehebatan binaan KLCC dari udara menggunaka­n helikopter Cessna 172 pasti satu pengalaman menyeronok­kan bersama insan tersayang melalui perkhidmat­an

Avi Tour.

Hanya empat penumpang berusia lima tahun ke atas yang dibenarkan menaiki helikopter termasuk juruterban­g untuk menikmati keindahan pemandanga­n dari udara selama 30 minit atau bergantung kepada permintaan pelanggan.

Selain itu, terdapat juga perkhidmat­an lain yang disediakan seperti

Avi Jet dan Avi Karavan. Menariknya, mereka juga bekerjasam­a dengan sesetengah hotel seperti

The Saujana Hotel Kuala Lumpur sebagai lokasi pertemuan sebelum dibawa menaiki helikopter yang dipandu juruterban­g berpengala­man.

Hidupnya ketika kecil dulu susah, tinggal di rumah setinggan dan ibunya hanya berniaga nasi lemak di Negeri Sembilan. Namun, keenakan hasil air tangan ibunya itu dikenali peminat nasi lemak hingga ke luar negeri berkenaan.

Pada masa sama, setiap hari Marina, 43, akan membawa beg besar berisi nasi lemak ibunya ke sekolah untuk dijual kepada guru dan rakannya.

Tamat belajar, Marina tidak meneruskan perniagaan ibunya tetapi bekerja dalam dunia korporat. Selepas pengalaman dikutip, dia mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan sendiri dalam bidang khidmat nasihat.

Pernah juga dia mencuba bidang andaman serta makanan dan minuman, namun perniagaan berkenaan dirasakan tidak serasi dengan dirinya.

“Mulanya, saya ingin membuka perniagaan kerana mahu ada lebih masa untuk keluarga. Namun, sebenarnya ia silap kerana selepas menceburi perniagaan, saya perlu beri lebih masa kepada syarikat pula.

“Disebabkan itu, saya perlu membina kumpulan pekerja yang hebat dan meluaskan rangkaian perniagaan jika mahu bersaing dalam dunia yang mencabar ini.

“Walaupun memerlukan waktu yang lebih untuk syarikat, saya masih boleh uruskan masa mengikut keperluan, itulah yang menariknya apabila menceburi dunia perniagaan,” katanya.

Jelasnya, bermula daripada bawah dia belajar mengendali­kan perniagaan dan kini lebih selesa memberi tumpuan terhadap perkhidmat­an rundingan.

 ??  ??
 ??  ?? DARI depan Rafiza, Marina dan Lyssa bergambar bersama helikopter.
DARI depan Rafiza, Marina dan Lyssa bergambar bersama helikopter.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia