Harian Metro

MATI DISENGAT

- Mohammad Ishak am@hmetro.com.my

Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) pendaki negara, Ramli Abdul Majid yang hilang di Gunung Damavand, Iran sejak 20 November lalu sepatutnya diaktifkan semula bulan ini.

Menurut Wakil Kelab Jelajah Alpine (KJA), Mohd Khafiz Bachok, 39, pada mesyuarat bersama Kedutaan Malaysia di Teheran, Julai lalu, Persatuan Bulan Sabit Merah Iran (IRCS) menyatakan gerakan

SAR akan diaktifkan bermula bulan ini.

Namun, katanya, sehingga kini KJA masih belum menerima sebarang perkembang­an bila misi SAR itu akan diaktifkan.

“KJA tiada perancanga­n untuk ke pergununga­n itu pada waktu terdekat kerana ia membabitka­n kos yang agak tinggi.

“Kita berharap IRCS mengaktifk­an segera misi SAR berkenaan memandangk­an kawasan itu ketika ini sedang mengalami musim panas dan ia memudahkan misi menjejaki Ramli kerana salji sudah mula cair,” katanya.

“Saya sedang tidur di ruang tamu rumah sebelum dikejutkan dengan suara kanak-kanak menjerit,” kata Ismail Mat Ali, 69, dari Kampung Tok Has, dekat sini.

Dia kemudianny­a keluar mencari dan melihat cucunya, Puteri Nur Aisyah Azahar, 2, berada dalam keadaan bahaya selepas dihurung sekumpulan tebuan.

Ismail terus meluru menyelamat­kan cucunya dengan menepis untuk menghalau serangga berkenaan sebelum memeluknya bagi mengelak daripada terus disengat.

Menurutnya, dia tidak sedar cucunya bermain di halaman kedai makan usang yang dipercayai menjadi tempat tebuan bersarang.

“Ketika cuba menyelamat­kan arwah, saya sendiri turut disengat kira-kira 10 tebuan di lutut dan terpaksa dihantar ke Hosptal Besut untuk mendapat rawatan,” Katanya.

Dalam kejadian jam 12.45 tengah hari kelmarin, Puteri Nur Aisyah dikatakan diserang kira-kira 30 tebuan menyebabka­n dia menjerit

 Kanak-kanak dua tahun maut disengat ketika bermain

kesakitan sebelum dibantu datuknya.

Bagaimanap­un, kanak-kanak berkenaan menghembus­kan nafas terakhirny­a ketika menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu kira-kira jam 4.30 pagi semalam.

Ibu mangsa, Rubiyah Ismail, 45, berkata, anaknya itu dikejarkan ke Hospital Besut sebelum dirujuk ke HSNZ berikutan keadaannya yang tidak stabil.

“Sejak tengah malam tadi (semalam) keadaannya semakin tenat apabila doktor beritahu anak saya itu tidak mampu membuang air kencing dan buah pinggang juga sudah tidak berfungsi.

“Akhirnya, arwah menghembus­kan nafas terakhirny­a kira-kira jam 4.30 pagi ketika pasukan perubatan berusaha untuk menyelamat­kannya,” katanya.

Menurutnya, dia diberitahu ketika kejadian ayahnya ternampak tebuan memenuhi badan Puteri Nur Aisyah sebelum cuba menghalaun­ya.

Ayahnya juga terpaksa menerima rawatan di Hospital Besut selepas dibawa bersama Puteri Nur Aisyah untuk menerima rawatan awal.

Jenazah kanak-kanak terbabit selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasar Akar di sini, selepas solat Zuhur tengah hari semalam.

Kejadian itu menjadikan Puteri Nur Aisyah mangsa kedua maut di Besut dalam tempoh kira-kira dua minggu selepas Muhammad Adrian Aiman Mohd Rosmin, 8, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan (SK) Benting Lintang, di sini, maut disengat lebih 60 tebuan ketika bermain di halaman rumahnya pada 2 Ogos lalu.

Sebelum ini turut dilaporkan dua beradik meninggal dunia selepas diserang tebuan ketika bermain bersama seorang lagi saudara mereka di kawasan rumahnya di Kampung Batu Tiong, Dungun.

Iffriah Darwisha Abdul Wahab Al Hadi, 3, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Dungun, jam 10.30 malam pada 8 Ogos lalu manakala kakaknya, Irdina Batrisyia, 8, pula meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ kira-kira jam 2 pagi pada 10 Ogos.

 ??  ??
 ??  ?? PASUKAN paramedik memberi bantuan awal kepada Puteri Nur Aisyah (gambar kecil) ketika dihantar ke HSNZ.
PASUKAN paramedik memberi bantuan awal kepada Puteri Nur Aisyah (gambar kecil) ketika dihantar ke HSNZ.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia