Harian Metro

Kereta ‘terjun’ tingkat empat

- Shahrul Nizam Mohamad am@hmetro.com.my

 Dua maut pemandu hilang kawalan ketika turun parkir

“Ketika tidur, saya dikejutkan bunyi dentuman kuat seperti bom meletup sebelum melihat kereta Perodua Axia terjunam dari tingkat empat,” kata ahli perniagaan, Lee Chung Meng, 40, seorang daripada pengunjung yang menginap di sebuah hotel di Genting Highlands, di sini, selepas menyedari kemalangan menyebabka­n dua terbunuh, semalam.

Dalam kejadian jam 4.15 pagi, mangsa yang juga pemandu, V Palanisamy, 50, berasal dari Sepang, Selangor bersama rakannya seorang wanita, Ming Sanmao, 43, pelancong dari China meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan dada.

Menceritak­an kejadian itu, Lee berkata, dia bersama keluarga yang pulang daripada aktiviti beriadah di pusat peranginan berkenaan tidur kerana kepenatan jam 3 pagi.

Pada mulanya dia menyangka bom meletup kerana terlalu kuat menyebabka­n pengunjung lain yang menginap di hotel sama terjaga dan keluar untuk melihat apa berlaku.

Katanya, dalam keadaan samar dia mendapati kereta Perodua Axia terbalik dengan kempat-empat tayar ke atas.

“Saya lihat ada dua individu dalam kenderaan itu namun tidak berani menghampir­inya kerana takut, beberapa orang awam turut menghampir­i kenderaan berkenaan untuk menyelamat­kan mangsa.

“Ia sungguh dahsyat dan mujur kenderaan itu tidak terbakar,” katanya yang berasal dari Johor Bahru, Johor.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong Superinten­dan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian kedua-dua mangsa dipercayai hendak turun dari parkir tingkat empat di resort berkenaan.

“Ketika memandu Palanisamy dipercayai hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang dan terjunam ke Taman Mini Genting Highlands Resort,” katanya dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, kereta dinaiki mangsa terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas selepas terjunam dari ketinggian 13 meter dan mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, siasatan turut mendapati lokasi kejadian adalah kawasan parkir kenderaan di Genting Highlands Resort dan jalan satu lorong lurus membelok ke kanan.

“Polis masih meneruskan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Beliau berkata, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Bentong, di sini, untuk bedah siasat.

 ??  ?? KERETA yang terjunam dari tingkat empat parkir hotel di Genting Highlands, semalam.
KERETA yang terjunam dari tingkat empat parkir hotel di Genting Highlands, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia