Harian Metro

Lelaki ditikam dua kali maut berlumuran darah

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur

Upah cef berpenyaki­t yang dibimbangi menyebarka­n virus berbahaya. Itu antara tindakan segelintir pemilik restoran yang menggaji tukang masak dalam kalangan pendatang haram tanpa melalui pemeriksaa­n Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Kehadiran tukang masak warga asing yang berkhidmat di beberapa restoran di ibu negara itu dibongkar hasil operasi khas dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur.

Berdasarka­n kenyataan KKM sebelum ini, penyakit Tuberkulos­is (tibi) atau batuk kering, selesema (Influenza A H1N1 atau H5N1), malaria, HIV/AIDS, hepatitis, polio dan banyak lagi jangkitan virus disebarkan pendatang asing.

Selain penyakit yang sudah lama terkawal, beberapa penyakit yang jarang ditemui atau belum pernah ditemui di negara ini juga mungkin ada kaitan dengan kemasukan pendatang asing.

Pihak JIM yang memandang serius perkara itu bertindak melakukan dua serbuan di premis makanan dan pusat hiburan di sekitar Cheras dan Bandar Manjalara, Kepong, bermula pada jam 8 malam kelmarin.

Dalam operasi yang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Bahagian Risikan dan Operasi, JIM Kuala Lumpur, Mohd Abdul Fared Abdul Rahman bersama dua pegawai dan 23 anggota, hampir 50 peratus tukang masak, penyedia minuman dan pekerja ruang dapur dikesan adalah warga asing yang bekerja tanpa permit kerja sah.

Seramai 18 warga asing ditahan merangkumi lima Bangladesh, enam Myanmar, tiga India dan masing-masing seorang Thailand, Indonesia, Pakistan dan Nepal.

Daripada jumlah berkenaan, seorang daripadany­a bekerja sebagai tukang masak, seorang penyedia minuman, empat pembantu restoran yang kadang kala bertugas sebagai tukang masak sementara, tiga penyedia minuman keras dan tujuh pelayan restoran.

Difahamkan semua yang ditahan tidak pernah mengambil suntikan vaksin daripada pihak KKM dan mempunyai sejarah pelbagai penyakit sebelum ini. “Saya terlihat mangsa berlari dalam keadaan berdarah sambil menjerit minta tolong sebelum dia rebah di atas tangga.

“Ketika itu saya sedang makan di tingkat bawah dan terus berhenti sebab terkejut dengan kejadian itu,” kata seorang lelaki yang mahu dikenali sebagai Akmal, 25, saksi kejadian lelaki yang maut ditikam dua kali di restoran makanan segera di Gual Tinggi di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.45 petang, mangsa, Lee Boon Guan, 33, yang berasal dari Melaka maut di lokasi selepas ditikam dengan pisau di bahagian dada dan belakang badan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk dibedah siasat.

Akmal berkata, orang ramai yang berada di dalam premis itu cuba membantu mangsa dan ada yang menghubung­i pihak polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Ibrahim Saad berkata, mangsa ditikam di bahagian dada dan belakang badan dengan sebilah pisau.

Katanya, sebelum kejadian mangsa bersama seorang rakan wanita berusia 30-an di tingkat satu premis itu.

“Ketika sedang makan, seorang lelaki berusia 30-an yang membawa beg galas menghampir­i mereka dan sempat bercakap beberapa patah perkataan.

“Suspek mengeluark­an pisau dan terus menikam mangsa di bahagian dada dan belakang badan,” katanya.

 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ?? MANGSA ditemui dalam keadaan berlumuran darah.
MANGSA ditemui dalam keadaan berlumuran darah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia