Harian Metro

Macam mimpi di Disney Pixar Tak mengidam pelik-pelik

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Kuala Lumpu : “Bekerja dengan Disney Pixar adalah mimpi jadi kenyataan,” kata Kiki Poh, 40, yang tidak menyangka menjadi anak Malaysia pertama bekerja dengan syarikat animasi gergasi dunia, Disney Pixar yang berpangkal­an di San Francisco, Amerika Syarikat (AS).

Kiki yang bertugas sebagai mula menyertai syarikat itu sebagai pelatih pada 2010 terbabit dalam beberapa filem animasi popular seperti Finding Dory, Toy Story 3 dan Monsters University.

Wanita berasal dari Johor Bahru ini turut menyumbang­kan tenaganya dalam filem terbaru terbitan Disney Pixar iaitu Cars 3 yang akan ditayangka­n mulai 24 Ogos ini.

“Sejak mula bekerja pada 2010, ia memberi pengalaman yang sangat menyeronok­kan. Kakitangan­nya

shading artist

terdiri daripada pelbagai rakyat negara lain dari seluruh dunia dan kami semua baik di antara satu sama lain,” katanya yang kini berada di Malaysia untuk mempromosi­kan filem Cars 3.

Kiki yang juga graduan Savannah College of Art & Design (SCAD) di Atlanta, AS ini mengakui, ketika memulakan kerjaya di Disney Pixar, dia berdepan cabaran tersendiri.

Pelakon dan suami kepada dan pelakon dan pengacara popular Jihan Muse, Ungku Hariz Faizal menjelaska­n isterinya tidak berdepan masalah mengidam selepas disahkan hamil empat bulan.

Ungku Hariz berkata, di awal kehamilan hingga sekarang Jihan terpaksa berdepan dengan masalah

yang teruk. Kelmarin, Jihan mengumumka­n dia kini hamil empat bulan ketika menjadi pengacara menggantik­an Neelofa dalam program hiburan Meletop bersama Nabil Ahmad.

Ungku Hariz berkata, walaupun tidak mengalami masalah mengidam dan meminta makanan pelik-pelik, tetapi waktu makan isterinya berubah-ubah dan tidak tentu masa.

“Apabila Jihan disahkan mengandung, perasaan saya bercampur baur dan reaksi saya pelbagai. Saya doakan Jihan dan anak dalam kandungan sihat dan selamat hingga dia bersalin,” katanya.

Menurut Ungku Hariz, sepanjang awal kehamilan emosi

Jihan juga tidak menentu terutama apabila dia memikirkan mengenai kontrovers­i dan beberapa isu berbangkit.

“Situasi itu juga membimbang­kan saya. Apa pun, dalam berhadapan situasi sedemikian kami perlu sentiasa berhati-hati,” katanya.

Ungku Hariz berkata, dia mengharapk­an semua pihak terutama peminat supaya mendoakan yang terbaik buat Jihan dan kandungann­ya.

Pasangan ini melangsung­kan perkahwina­n pada Mac tahun lalu.

 Jihan disahkan hamil empat bulan

 ??  ?? JIHAN berdepan masalah ‘morning sickness’ yang teruk.
JIHAN berdepan masalah ‘morning sickness’ yang teruk.
 ?? Kiki Poh ?? Sejak mula kerja pada 2010, ia memberi pengalaman sangat menyeronok­kan”
Kiki Poh Sejak mula kerja pada 2010, ia memberi pengalaman sangat menyeronok­kan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia