Harian Metro

Ikut selera Malaysia

-

 TH lantik 12 syarikat bekal makanan berkualiti, selamat kepada jemaah

Keselamata­n dan kualiti makanan dibekalkan kepada jemaah menjadi aspek yang begitu diberikan perhatian Lembaga Tabung Haji (TH).

Pengarah Operasi Katering 1438 Hijrah Adly Mohamed berkata, pihaknya tidak berkomprom­i terhadap makanan dibekalkan syarikat katering dilantik.

Beliau berkata, di Makkah, pihaknya melantik lapan syarikat membekalka­n makanan kepada 24 Bangunan Penginapan Jemaah Haji (BPJH).

Menurutnya, di Madinah, TH melalui anak syarikatny­a, TH Global Services Sdn Bhd melantik empat syarikat untuk membekalka­n makanan di 10 BPJH.

Katanya, bagi memastikan makanan dibekalkan menepati cita rasa Malaysia, pihaknya bekerjasam­a dengan Lembaga Pemasaran Persekutua­n (FAMA) untuk membekalka­n rempah-ratus pracampur.

“Bekalan bahan mentah seperti daging, Makkah: Anggota petugas perubatan yang kali pertama terpilih berkhidmat di Tanah Suci pada musim haji kali ini bersyukur dan teruja mendapat peluang berkenaan.

Dr Ihsan Abdul Razak yang bertugas di Hospital Shah Alam, Selangor berkata, dia bersyukur terpilih bertugas di Tanah Suci untuk berkhidmat kepada jemaah haji.

Menurutnya, walaupun tugasnya sama iaitu memberikan rawatan kesihatan kepada pesakit namun ia tetap memberikan pengalaman berbeza berbanding di tanah air. ayam, ikan dan sayur-sayuran disediakan syarikat katering dilantik.

“Bagaimanap­un, kami tetap memantau pemilihan bahan mentah digunakan supaya mematuhi piawaian ditetapkan TH.

“Misalnya, daging dibekalkan perlu memenuhi berat minimum sebelum dan selepas dimasak,” katanya ketika ditemui di dapur Al-Wafa Catering & Services, satu daripada syarikat dilantik.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TH Global Services berkata, pihaknya turut mengutamak­an rupa, rasa dan warna makanan dibekalkan.

“Walaupun sukar memenuhi selera dan cita rasa setiap orang, tetapi dua aspek itu iaitu keselamata­n dan kualiti tidak dikompromi,” katanya.

Menurutnya, bagi memas- tikan keselamata­n makanan disediakan, semua pekerja termasuk chef sehingga pemandu wajib memiliki sijil pengesahan kesihatan.

Katanya, pekerja yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan termasuk tiada sijil pengesahan kesihatan dan suntikan wajib tidak dibenarkan bekerja.

“Bahagian audit dalam TH serta doktor dari Kementeria­n Kesihatan sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata, setiap pek makanan dibekalkan kepada jemaah perlu dimakan dalam tempoh dua jam selepas diberikan bagi menjamin ketahanann­ya.

 ??  ?? PETUGAS menyiapkan bungkusan makanan.
PETUGAS menyiapkan bungkusan makanan.
 ??  ?? ADLY menunjukka­n pek makanan dibekalkan untuk jemaah haji.
ADLY menunjukka­n pek makanan dibekalkan untuk jemaah haji.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia