Harian Metro

Pengalaman berbeza di Tanah Suci

-

Katanya, di Tanah Suci, semua pesakit terdiri daripada jemaah haji yang menjadi tetamu Allah berbanding di tanah air di mana pesakit terdiri daripada semua golongan.

Menurutnya, cabaran lain di Tanah Suci ialah keadaan cuacanya yang begitu berbeza di mana ia lebih panas menyebabka­n jemaah mudah diserang pelbagai penyakit akibat perubahan cuaca. “Bagaimanap­un, kami petugas perubatan

sentiasa komited untuk memberikan perkhidmat­an dan rawatan terbaik kepada setiap pesakit, lebih-lebih lagi mereka tetamu Allah yang perlu disantuni dengan baik,” katanya ketika ditemui di Pusat Rawatan Syisyah, di sini.

Penolong Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Kangar, Perlis, Muhammad Qadir Manda, 34, berkata, dia gembira dan teruja apabila kali pertama terpilih bertugas pada musim haji kali ini.

Menurutnya, ia peluang dan ke- sempatan terbaik diberikan majikan, Kementeria­n Kesihatan dan Lembaga Tabung Haji (TH) untuk berkhidmat kepada jemaah haji di Tanah Suci.

“Sudah tentu kami melakukan yang terbaik untuk menyantuni tetamu Allah ini sepanjang mereka berada di Tanah Suci,” katanya.

Jururawat Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Sarah Mohd Yusof, 39, berkata, dia bersyukur dan bertuah terpilih berkhidmat di

Tanah Suci

pada musim haji kali ini.

Menurutnya, ia pengalaman baru kerana kali pertama terpilih sebagai anggota petugas perubatan dan sudah pasti akan membuat yang terbaik untuk menyantuni jemaah haji.

“Bertugas di Tanah Suci ini kita perlu lebih banyak bersabar kerana pesakit semuanya tetamu

Allah,” katanya.

 ??  ?? DR Ihsan
DR Ihsan
 ??  ?? SARAH
SARAH
 ??  ?? MUHAMMAD Qadir
MUHAMMAD Qadir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia