Harian Metro

Syukur rayuan lulus serentak

 Warga emas tak sangka dapat tunai haji bersama besan tanpa ditemani suami

- Siti Fatimah Nasir am@hmetro.com.my Kelana Jaya

Kemesraan terjalin di antara kedua-dua belah pihak setelah mengahwink­an anak masing-masing menjadi detik indah apabila besan sesama besan mendapat panggilan menunaikan haji ke Tanah Suci serentak tahun ini.

Situasi itu menjadi hari bersejarah buat keluarga Faridah Mohd Ishak, 59, bersama besannya Azrina Abdullah, 74, yang menunaikan haji bersama tanpa ditemani suami.

Faridah berkata, pada mulanya dia dan besannya tidak merancang menunaikan ibadah haji bersama memandangk­an masing-masing mempunyai komitmen lain.

“Saya tidak tahu besan saya mendaftar haji pada tahun 2008 seperti saya.

Kami hanya sedar apabila berkumpul bersama ahli keluarga dan bercakap topik haji”

Faridah

“Kami hanya sedar apabila berkumpul bersama ahli keluarga dan bercakap mengenai haji,” katanya ketika ditemui di Kompleks Tabung Haji, di sini.

Menurutnya, selepas mengetahui besannya mendaftar haji pada tahun yang sama, mereka mencuba nasib membuat rayuan haji supaya mendapat panggilan sama memandangk­an suami besan sedang sakit.

“Walaupun berasa mustahil dengan kuasa Allah, kami dipilih menunaikan haji bersama,” katanya.

Sementara itu, Azrina berkata, pada mulanya dia merancang menunaikan

Setibanya di Tanah Suci nanti, saya akan berdoa kepada Allah supaya suami sembuh”

Azrina

haji bersama suami, Tengku Jaaril, 76. Namun disebabkan masalah kesihatan, suami membatalka­n hasrat menunaikan haji itu.

“Doktor tidak menyaranka­n suami pergi ke Tanah Suci kerana dikhuatiri kesihatann­ya semakin terjejas disebabkan faktor usia.

“Setibanya di Tanah Suci nanti, saya akan berdoa kepada Allah supaya suami sembuh dan dapat menunaikan ibadah haji,” katanya.

Dia yang mempunyai tiga anak dan tujuh cucu itu berkata, sebaik rayuan menunaikan haji bersama besan diterima, dia memanjatka­n rasa syukur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia