Harian Metro

Lari ke Siam takutkan Jepun

-

“Hampir 50 tahun saya tinggal di Malaysia tanpa kad pengenalan sedangkan asal-usul saya orang sini (Malaysia). Ibu bapa saya orang Malaysia, cuma mereka melarikan diri ke selatan Thailand kerana bimbang dengan kesan Perang Jepun,” katanya.

Bagaimanap­un,

selepas beberapa kali membuat permohonan di Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), dia akhirnya menerima status penduduk tetap pada pertengaha­n 80-an berdasarka­n syarat dipenuhiny­a.

Namun, perkara itu turut membataska­n segala tindakan harian apabila menyukarka­nnya membuat segala urusan rasmi seperti menunaikan umrah kerana dia perlu pulang ke Thailand dan berurusan di negara berkenaan seperti mendapatka­n pasport.

“Mengapa saya perlu pulang ke Thailand kerana suami saya ada di sini dan dia orang Malaysia? Saya harap status saya ini mendapat perhatian JPN.

“Saya tidak ingin pulang ke Thailand kerana saya orang sini (Malaysia),” katanya.

Wanita warga emas itu berkata, perkara sama turut menimpa anak sulungnya, Kodir Sidek, 46, apabila dia yang dilahirkan di selatan Thailand sebelum keluarga mereka berpindah ke Malaysia turut tidak mempunyai kad pengenalan atau sebarang dokumen pengenalan diri.

“Kesannya, anak saya tidak dapat bersekolah dan sukar mendapat pekerjaan. Dia juga menghadapi kesukaran untuk melakukan urusan rasmi selain bimbang ditahan anggota penguat kuasa,” katanya.

Esah yang kini menetap bersama suaminya di perkampung­an Bukit Rangin, di sini, berkata, sembilan lagi anaknya yang dilahirkan di Malaysia tidak berdepan sebarang masalah dan mempunyai sijil kelahiran serta kad pengenalan sah seperti individu lain.

Katanya, dia bersama suami pernah beberapa kali ke pejabat JPN negeri untuk membincang­kan nasibnya dan anak sulungnya itu yang seperti merempat di negara sendiri namun jawapan diterima menghampak­an. “Saya dimaklumka­n, saya dan anak perlu pulang ke Thailand semula dan memohon kewarganeg­araan di sana, dulu serta membuat pasport untuk pulang ke Malaysia. “Bagaimana saya hendak pulang ke sana (Thailand)? Saya tidak mempunyai saudara di sana lagi pun mengapa saya harus jadi rakyat Thailand?” soalnya.

Esah berharap perkara itu dapat diselesaik­an dan dia serta anaknya tidak mahu lagi dituduh sebagai warga asing disebabkan status mereka yang tidak mempunyai kad pengenalan.

 ??  ?? ESAH menunjukka­n kad status penduduk tetap yang diterima sejak pertengaha­n 80-an.
ESAH menunjukka­n kad status penduduk tetap yang diterima sejak pertengaha­n 80-an.
 ??  ?? SIDEK (kanan) menunjukka­n borang permohonan untuk mendapatka­n kad pengenalan Esah dan Kodir.
SIDEK (kanan) menunjukka­n borang permohonan untuk mendapatka­n kad pengenalan Esah dan Kodir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia