Harian Metro

Suspek ketiga kena cekup

- Mohd Khidir Zakaria am@hmetro.com.my

Suspek ketiga yang dipercayai terbabit kes pecah rumah dan melarikan anak perempuan warden Politeknik Port Dickson (PPD), di sini, Isnin lalu ditahan polis di Taman Margosa, Seremban, dekat sini, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Rujiman Agos berkata, suspek yang juga pelajar lelaki berusia 17 tahun ditahan di rumah keluargany­a jam 10.45 malam.

Katanya, penahanan itu dibuat selepas dua rakan suspek berusia 18 tahun dan 21 tahun dicekup Selasa lalu sebaik mereka menculik mangsa, Faralisya Amani Fazil, 9, di kuarters PPD, jam 6.45 pagi.

“Buat masa ini kami (polis) menahan ketiga-tiga penjenayah terbabit dan suspek terbaru (ketiga) direman lima hari bermula hari ini (semalam) hingga Isnin ini,” katanya.

Rujiman berkata, sebaik kejadian pihaknya menjalanka­n pemburuan dan menahan dua lelaki berusia 18 tahun dan 21 tahun di sebuah pusat beli-belah, di sini, jam 4.45 petang.

“Dengan penahanan suspek ketiga, polis meleng- kapkan tangkapan semua penjenayah mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Terdahulu, katanya, suspek berusia 21 tahun direman enam hari hingga Ahad ini manakala suspek berusia 18 tahun direman empat hari hingga hari ini. Semua permohonan reman dibuat di Mahkamah Seremban, dekat sini.

Laporan muka depan Harian Metro Selasa lalu melaporkan Faralisya Amani disedari hilang di rumah oleh bapanya, Fazil Abdullah, 35, ketika mahu mengejutka­nnya ke sekolah jam 6.45 pagi.

Kanak-kanak itu ditemui semula jam 9 malam hari sama selepas ditinggalk­an penjenayah berhampira­n pondok pengawal di kuarters politeknik berkenaan.

Pemeriksaa­n pada tubuh Faralisya Amani mendapati terdapat kesan jerutan pada kedua-dua tangan serta kaki dan dipercayai disembunyi­kan di sebuah rumah tidak diketahui lebih 15 jam.

Sementara itu sumber berkata, ketiga-tiga penjenayah terbabit dipercayai berdendam dengan isteri Fazil yang juga seorang warden berikutan sering menangkap mereka merokok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia