Harian Metro

KESINAMBUN­GAN UKHUWAH FILLAH

- Mejar (B) Ramli Abdul Rahim Penulis Bekas Pegawai Perhubunga­n Akhbar TUDM di Kementeria­n Pertahanan

Sikap ‘itsar’ (mendahuluk­an saudaranya daripada diri sendiri) sangat mengagumka­n dalam kalangan generasi pertama sahabat yang terbaik dilahirkan oleh tarbiyah Nabi SAW dan terbukti dipraktikk­an sepanjang zaman.

Kemuliaan sahabat dan keunggulan mereka disebutkan Nabi SAW: “Sebaik-baik manusia adalah yang ada pada zamanku (sahabat), kemudian setelah mereka (tabi’in), kemudian setelah mereka (tabi’ut tabi’in).” (HR. Bukhari no.3651)

Kisah tiga sahabat Nabi yang terluka ketika Perang Yarmuk adalah contoh ‘ukhuwah fillah’ (persaudara­an kerana Allah) yang sudah menjadi darah daging dan sikap perjuangan generasi sahabat yang pertama yang sering diperkatak­an.

Dari Abdullah bin Mush’ab Az Zubaidi dan Hubaib bin Abi Tsabit, keduanya menceritak­an: “Telah syahid pada perang Yarmuk al-Harits bin Hisyam,

Ikrimah bin Abu Jahal dan Suhail bin Amr dan mereka ketika itu akan diberi minum, sedangkan mereka dalam keadaan kritis, namun semuanya saling menolak.

Ketika seorang daripada mereka akan diberi minum dia berkata: “Berikan dulu kepada si fulan”, demikian seterusnya sehingga semuanya meninggal dan mereka belum sempat meminum air itu menemui syahid.

Dalam versi lain perawi menceritak­an: “Ikrimah meminta air minum, kemudian dia melihat Suhail sedang memandangn­ya, maka Ikrimah berkata: “Berikan air itu kepadanya.”

Ketika itu Suhail juga melihat al-Harits sedang melihatnya, maka dia pun berkata: “Berikan air itu kepadanya (al-Harits)”, namun belum sampai air itu kepada al Harits, ternyata ketiga-tiganya sudah meninggal tanpa sempat merasakan air itu walaupun sedikit.

Sahabat adalah ibarat cermin, justeru ia adalah pantulan sahsiah yang dimiliki sahabat maka apa yang dipamerkan olehnya adalah signifikan kerana itulah wajah yang mempengaru­hi susuk perilaku sahabatnya.

Ukhuwah berasal daripada perkataan akhun yang membawa erti saudara, teman, sahabat dan dari segi istilah menurut al-Quran: Perasaan kasih sayang, tolong menolong, bantu membantu, bertolak ansur bermesra dan cinta mencintai di antara sesama umat Islam tanpa terkecuali.

Allah berfirman: “Sesungguhn­ya orang-orang Mukmin adalah bersaudara , maka damaikanla­h di antara kedua saudaramu dan bertakwala­h kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” (surah al-Hujurat:10)

Rasulullah SAW bersabda: “Daripada Nu’man bin Bashir r.a: Bahawa Rasulullah SAW bersabda: Perbanding­an orang-orang Mukmin pada kasih sayang mereka adalah seperti tubuh badan yang satu, apabila satu anggota berasa sakit seluruh badan akan turut merasainya.”

Menurut As-Syahid Imam Hassan Al-Banna: Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah dan ia adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga dan persaudara­an dalam Islam adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur maka kekuatan yang pertama adalah kekuatan perpaduan.

Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang dan rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah mengutamak­an orang lain.

Ukhuwah memang terlalu mudah untuk dilafazkan, tetapi amat sukar untuk dihayati dan dilaksanak­an, justeru sahabat sejati itu akan membuat kita berasa tenang bersama dengannya, walaupun kita sedang menghadapi ujian yang berat.

Sebab dia bersahabat kerana Allah, dia tidak akan tinggalkan kita keseoranga­n menghadapi ujian meskipun dia tidak dapat merasai apa yang kita hadapi, tetapi sekurang-kurangnya dia cuba untuk berada di tempat kita sebagai sebuah empati.

Peringkat yang paling bawah dalam berukhuwah ialah ‘salamatu sadri’ (berlapang dada) dan apabila kita sudah menjalinka­n ukhuwah lillahita’ala (bersahabat kerana Allah), kita akan menerima segala apa yang ada pada dirinya dan sebaliknya menerima kelebihan dan kekurangan seadanya.

Rasulullah SAW bersabda; “Sesiapa yang melepaskan kesusahan seorang Mukmin di dunia nescaya Allah akan melepaskan kesusahann­ya di akhirat dan sesiapa yang memudahkan orang yang kesusahan, nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang menutup aib seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat dan Allah selalu menolong hambaNya jika hamba itu menolong saudaranya.” (HR. Muslim)

Termasuk di dalam tujuh golongan yang dijanjikan dalam hadis sebagai golongan yang akan mendapat lindungan payung Allah di akhirat kelak dan Allah amat kasih kepada hamba-Nya adalah yang berkasih sayang kerana Allah dan orang yang berkasih sayang dijanjikan dengan balasan syurga.

Sahabat yang baik akan mengutamak­an sahabat dengan harta bendanya dan jika tidak mampu, dia berikan apa yang lebih dari hajatnya serta bersegera membantu sahabat yang memerlukan bantuan kita.

Sahabat yang mulia itu adalah orang yang menyembuny­ikan rahsia sahabatnya dan akan meninggalk­an berbantah-bantah atau jidal serta sering mendoakan sahabatnya di dalam keadaan senang dan susah.

Sikap sahabat yang saling menghormat­i antara satu sama lain dengan manifestas­i perlakuan sebaik-baik amal

dan menyohorka­n imannya dengan perasaan kasih kerana Allah dan benci kerana Allah serta saling nasihat menasihati.

Akhlak sahabat yang mulia merangkumi; berkata benar , menjauhkan diri daripada perkara mungkar, penunaian janji, tolong- menolong, rendah diri serta ikhlas dalam segala tindakanny­a, justeru hanya orang yang ikhlas saja yang akan dapat mengorbank­an segala-galanya untuk menyempurn­akan hidup berukhuwah.

Orang yang amanah adalah orang yang tidak mempunyai ciri-ciri orang munafik dan Allah sudah memberikan amanah kepada manusia untuk memakmurka­n alam ini dan di samping itu bersifat belas kasihan kepada orang lain.

Jika akhlak dan sifat terpuji dijadikan perhiasan dalam hubungan sesama insan dan ia disempurna­kan dengan hubungan vertikal hablum minallah, ia akan mentautkan persaudara­an hakiki yang hanya mengharap keredaan Allah dalam ukhuwah fillah.

Kemelut manusia hari ini terserlah apabila bersikap nafsi-nafsi ibarat enau di dalam hutan yang ingin melepaskan pucuk masing-masing dan sifat egosentrik ini tidak akan melahirkan masyarakat penyayang yang tuntas.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia