Harian Metro

Menyemai adab berkasih sayang sesama insan

-

Zaman yang kita lalui sekarang ini penuh dengan kecanggiha­n pelbagai alat peranti seperti telefon bimbit, komputer dan bermacam gajet lain. Kita ‘dihidangka­n’ dengan pelbagai gajet yang digunakan pelbagai peringkat usia tanpa had.

Di mana saja kita pergi, kedai makan, perhentian bas, lapangan terbang, stesen Komuter, stesen kereta api, pasar raya, kita dapat melihat mereka sibuk dengan gajet.

Masih teringat ketika zaman kanak-kanak, ketika menanti kepulangan ayah dari kerja setiap hari, abang dan saya akan menanti dengan penuh keceriaan. Dengar saja bunyi motosikal ayah, kami adik-beradik akan melompat kegembiraa­n sambil berteriak: “Ayah balik…ayah balik…ayah balik”

Kami berlari ke hadapan pintu rumah dan menyambut kepulangan ayah dengan penuh gembira. Abang Long akan membawa beg ayah, abang Ngah dan saya berjalan bersama ayah terus ke kerusi ayah untuk berehat.

Kakak bergegas ke dapur membantu ibu menyediaka­n minuman kegemaran ayah, kopi O . Ibu akan menyediaka­n kuih seperti cucur udang.

Ibu dan kakak akan membawa minuman dan kuih itu ke meja makan dan dihidangka­n untuk ayah. Saya akan bertanya kepada Ayah: “Ayah penat ya? ayah ceritalah apa yang ayah buat di tempat kerja, ayah ada beli coklat ka?” Dan pelbagai pertanyaan lain.

Ayah layan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan akan membeli coklat untuk diberikan kepada kami.

Sebaik masuk waktu solat Maghrib, semua akan bersedia di ruang tamu untuk bersolat bersama-sama dan ayah akan mengimamka­n solat. Selesai solat ayah pasti akan berdoa dan menyebut setiap nama kami adik beradik dalam doanya.

Selepas itu, ibu akan bersalam dengan ayah diikuti kami adik-beradik.

Apabila tiba masa makan malam, hidangan kuah gulai dan juga telur goreng, tetapi sangat manis bila ada adab berkasih sayang ketika makan bersama, bukan berapa banyak jenis lauk-pauk yang dihidangka­n, tetapi yang penting di dalamnya ada adab berkasih sayang .

Masa berlalu begitu pantas, suasana seperti itu mungkin semakin berkuranga­n, masing-masing sibuk, tak sempat nak makan bersama, malah kalau pun duduk bersama-sama, tetapi masing-masing disibukkan dengan peranti dan telefon bimbit.

Mahfum dari Hadis Qudsi, Allah Berfirman: “Sesungguhn­ya kasih sayang aku mengatasi dan mendahului kemurkaan Ku”

Dari pengertian Hadis Qudsi di atas, kita dapati sesungguhn­ya Allah SWT amat memberikan kasih sayang kepada hamba hambaNya dan ia ternukil dalam lafaz basmalah iaitu: “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”

Dalam al-Quran Surah Al Imran ayat 31 yang bermaksud: “Katakanlah (Wahai Rasullulah), jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa dosa mu.”

Dan di dalam Surah Ar Rum ayat

21, Allah berfirman yang maksudnya: “Dan di antara tanda tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptaka­n untukmu isteri dari jenis mu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasai tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antara mu rasa kasih sayang. Sesungguhn­ya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda tanda bagi kaum yang berfikir.”

Terdapat dua adab kita, iaitu adab kita dengan Allah dan juga adab kita sesama manusia dan alam sekitar. Untuk adab dengan Allah kita harus dan wajib melakukan taat dan menjalanka­n perintah Allah dan adab sesama manusia dan alam sekitar ialah adab kita dengan Nabi SAW, adab dengan keluargany­a, adab dengan dirinya sendiri, adab dengan sesama Muslim, adab dengan jiran tetangga, adab dengan bukan Muslim, adab dengan bumi, air, udara, binatang, tumbuh tumbuhan dan sebagainya.

Marilah kita menerapkan adab kasih sayang dalam keluarga, jiran tetangga, masyarakat kampung dan bandar. Saling kasih mengasihan­i kerana Allah dan Rasulullah kerana sabda Nabi

SAW: “Tidak sempurna iman seseorang antara kamu selagi mana ia tidak mengasihi saudaranya sebagaiman­a ia mengasihi dirinya sendiri.”

Jom kita membawa adab kasih sayang sesama kita.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia