Raikan kepelbagaian firqah
Benarkah hanya satu jemaah sahaja yang akan selamat? Berdasarkan satu hadis yang bermaksud: “Umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan, yang selamat satu saja, yang bakinya binasa. Baginda ditanya: Siapakah yang selamat? Baginda bersabda: Ahli al-Sunnah Wal-Jamaah. Baginda ditanya: Apa itu al-Jamaah? Baginda bersabda: “Ia adalah golongan yang mengikuti jejakku dan jejak sahabatku.” (Riwayat Tirmizi)
Bagi yang berpandangan sempit menganggap hanya jemaah mereka saja selamat manakala ada pendapat lain berpandangan ramai jemaah yang selamat selama mereka mengikut Rasulullah SAW dan kerana mereka Ahli al-Sunnah Wal-Jamaah.
Syeikh Abdul Halim Mahmud (1910-1978), mantan Syeikh al-Azhar (1973-1978) menyatakan dalam bukunya al-Tafkir al-Falsafi fi al-Islam, hadis yang berbicara mengenai jemaah umat Nabi Muhammad SAW itu tidak diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim yang diakui ketelitian mereka menilai riwayat hadis.
Ini bererti hadis itu belum tentu sahih kerana ada riwayat lain yang bermaksud: “Akan ada kumpulan-kumpulan umatku hingga mencapai tujuh puluh lebih kumpulan. Semuanya masuk syurga kecuali satu kumpulan. Hadis itu diriwayatkan oleh Ibn al-Najjar dan dinilai sahih oleh al-Hakim.
Selanjutnya, dalam riwayat al-Dailami ada hadis yang menyebut, “Yang binasa daripada kumpulan-kumpulan itu hanya satu.”
Pada pandangan sebahagian ulama, riwayat itu lebih sesuai ditonjolkan hari ini kerana banyak sekali jemaah umat Islam.
Pandangan itu bukanlah mempertikaikan kesahihan hadis pertama, namun pandangan hadis kedua memberi ruang keterbukaan kepada kepelbagaian jemaah selagi tertakluk dalam akidah Islamiah.
Penelitian menerusi media sosial dan media massa, ada yang memperbesarkan perkara kecil manakala isu besar diperkecilkan dan tuduhan dilemparkan tanpa dikemukakan sebarang bukti sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat awam.
Persoalan zikir selepas solat, talkin di kubur, bacaan surah Yasin beramai-ramai pada malam Jumaat, solat Tarawih lapan atau 20 rakaat serta persoalan selawat antara solat
Tarawih dan seumpamanya.
Perbezaan pandangan dalam isu seumpama itu dibincangkan sejak dahulu lagi namun kembali menjadi topik perbalahan sesama kita pada hari ini.
Situasi itu membuatkan umat Islam hilang fokus terhadap isu sebenar yang harus dibincangkan. Kita perlu memahami apa itu fiqh aulawiyyat iaitu perkara keutamaan berbanding isu remeh.
Jika mendalami ilmu agama, ada membincangkan mengenai al-Firaq al-Islamiyyah iaitu golongan yang masih
Islam terima keterbukaan, cari penyelesaian untuk kebaikan Dan janganlah kamu menjadi serupa dengan yang berpecah dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang yang mendapat seksa yang berat”
Surah al-Imran, ayat 105)
dalam lingkungan mazhab Islam.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menjadi serupa dengan yang berpecah dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka. Mereka itulah orang yang mendapat seksa yang berat. (Surah al-Imran, ayat 105)
Golongan agama khususnya tidak wajar bertelingkah sesama sendiri atau berlumbalumba menjadi ‘juara’ mengeluarkan idea masing-masing dan perlu menerima perbezaan pendapat antara satu sama lain sedangkan perkara itu hanya khilafiyah (perbezaan pandangan).
Kita perlu lebih senang mengatakan jemaah Islam ini semuanya betul. Meskipun pelbagai kumpulan, namun membawa kesetiaan yang tidak berbelah bagi terhadap Islam dan Rasulullah SAW.
Semua pihak tidak perlu mengungkit ciri-ciri kebenaran dan kebatilan sesuatu kumpulan atau menghukum siapa benar dan siapa salah.
Jika orang kafir dimasukkan ke neraka, ia wajar kerana kekafiran mereka. Sementara jemaah dalam Islam, semuanya terdiri daripada individu yang mengesakan Allah SWT, mencintai Rasulullah SAW dan sekurangkurangnya paling minimum mengucap dua kalimah syahadah.
Pengucapan itu sudah cukup untuk masuk syurga seperti diriwayatkan Bukhari dan Muslim, sesiapa mengucap kalimah tauhid, nescaya masuk syurga.
Atas pertimbangan itu, semua umat Islam masuk syurga. Hanya jalan kemasukan berbeza antara satu sama lain.
Sesetengah masuk syurga tanpa hisab, sesetengahnya pula melalui hisab, melalui syafaat nabi-nabi, malaikat dan rakan-rakan yang baik, bahkan ada yang masuk syurga dengan rahmat dan keampunan Allah SWT dan yang terakhir sekali ada yang masuk syurga selepas sekian lama diazab.
Perpecahan dalam masyarakat Islam timbul kerana tidak meraikan kepelbagaian firqah atau kumpulan jemaah umat Islam.
Semua pihak seharusnya meraikan keterbukaan berorganisasi dalam kepelbagaian jemaah umat Islam, sekali gus membawa manhaj perpaduan dan kesederhanaan.
Umat Islam perlu bijak menghadapi pelbagai pihak sama ada parti politik, mazhab akidah, mazhab fiqh, golongan ekstrem mahupun golongan liberal.
Al-Quran dan al-Sunnah perlu dilihat lebih luas daripada mazhab dan golongan berkenaan. Islam menerima keterbukaan dan kebaikan serta mencari penyelesaian untuk kebaikan bersama.
Setiap individu perlu merujuk kepada pihak yang berkuasa dan menyaring perkara yang bertentangan dengan prinsip Islam dan nilai murni dalam kehidupan.
Penulis ialah Penasihat Agama kepada Perdana Menteri