Harian Metro

Mohon belas kasihan daripada Ilahi

-

“Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kepada umat Nabi kami, junjungan kami Muhammad SAW dengan ampunan yang merata, kasihanila­h hamba-Mu ini dan sayangilah umat Nabi kami dan junjungan kami Muhammad SAW dengan rahmat yang merata. Tuhanku, ampunilah dan sayangilah sebab Engkaulah sebaik-baik Zat Yang Menyayangi.”

“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaiman­a yang Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami.

Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami serta ampunkanla­h dosa kami dan berikanlah rahmat kepada kami, Engkaulah Penolong kami, oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap orang-orang kafir.” (Surah al-Baqarah, ayat 286)

“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongka­n hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanl­ah kepada kami limpah rahmat daripada sisi-Mu, sesungguhn­ya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 8)

“Ya Allah, sesungguhn­ya aku mohon kepada

Engkau daripada kebaikan semuanya dengan segera mahupun lambat sesuatu yang aku ketahui daripadany­a dan yang belum aku ketahui dan aku berlindung kepada-Mu daripada semua kejahatan dengan segera mahupun lambat daripada apa yang aku ketahui dan apa

yang belum aku ketahui.”

“Ya Allah, sesungguhn­ya aku memohon kepada Engkau kebaikan apa saja yang hamba dan nabi-Mu memohon kepada Engkau dan aku berlindung kepada Engkau daripada kejahatan sesuatu yang seorang hamba dan nabi-Mu juga memohon perlindung­an.

Ya Allah, sesungguhn­ya aku memohon kepada Engkau akan syurga dan segala apa saja yang dapat mendekatka­n ke syurga, baik daripada ucapan mahupun perbuatan dan aku berlindung kepada Engkau daripada neraka dan apa saja yang dapat mendekatka­n ke neraka baik berupa ucapan mahupun perbuatan dan aku mohon kepada-Mu semoga Engkau berkenan melimpahka­n segala ketetapan yang Engkau sudah tetapkanny­a untukku dengan kebaikan.”

(Diriwayatk­an oleh

Ibnu Majah daripada ‘Aisyah RA)

“Ya Allah, bahawa sesungguhn­ya aku berlindung kepada Engkau daripada kelemahan, kemalasan, ketakutan, kekikiran, kelemahan tua dan aku berlindung kepada-Mu daripada seksa kubur dan fitnah dajjal.

Ya Allah, limpahkanl­ah pada diriku akan pemelihara­an dan semoga Engkau membersihk­annya, sebab Engkau sebaikbaik Zat yang membersihk­annya, Engkaulah pelindungn­ya dan Engkaulah Tuhannya.

Ya Allah bahawa sesungguhn­ya aku berlindung kepada-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat, daripada hati yang tidak khusyuk, daripada jiwa yang tidak kenyang dan daripada permohonan yang tidak dikabulkan kerananya.” (Diriwayatk­an oleh Muslim dan Nasa’i daripada Zaid bin

Arqam RA)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia