Harian Metro

Masukilah pintu kebaikan

-

 Ramai tidak rebut peluang buat baik tanpa bayaran, tetapi sanggup bayar untuk buat maksiat

membayar untuk membuat maksiat yang kadangkala dengan harga tinggi. Peluang melakukan kebaikan dengan tanpa bayaran, tidak ramai yang ingin merebutnya.

Penulis tertarik dengan sekumpulan anak muda yang melakukan kembara ke seluruh negara untuk mencuci masjid.

Pada usia masih muda, mereka mempunyai kesedaran sedemikian rupa. Mereka sanggup mengorbank­an usia muda dan kerjaya mereka untuk melakukan aktiviti berkenaan.

Salah satu inspirasi mereka adalah imam sebuah masjid terkenal yang sanggup mencuci tandas sebagai simbolik mencuci hati yang kotor.

Di samping itu, dengan kemajuan teknologi terutama media sosial membuka peluang membuat kebaikan dengan lebih luas.

Kita boleh berkongsi nasihat keagamaan di media sosial yang membuatkan orang lebih dekat dengan Allah SWT.

Apa yang penting adalah niat yang ikhlas semata-mata mengharapk­an reda Allah SWT. Jangan pula perkongsia­n bertujuan untuk menunjuk-nunjuk alim atau ingin memikat hati wanita.

Ada sesetengah ahli masyarakat apabila memandu, tidak gemar memberi ruang kepada orang lain.

Timbul satu kepuasan apabila dia dapat menghalang orang lain daripada memasuki lorong. Kalau difikirkan apa keuntungan bertindak sedemikian, ia hanya sekadar menguntung­kan keegoan sendiri.

Tidak ada salahnya dan tidak ada kerugian menghentik­an kenderaan sebentar bagi memberikan ruang untuk kenderaan lain memasuki selekoh.

Kita tidak tahu situasi sebenar yang dihadapi pemandu berkenaan. Mungkin dia dalam situasi kecemasan dan tindakan kita memberi laluan kepadanya mungkin dapat menyelamat­kan seseorang.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Imran, ayat 133 yang bermaksud: “Dan segeralah kamu kepada keampunan Tuhan kamu, dan syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.”

Penulis ialah Perunding Psikologi Bahasa

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia