Harian Metro

Berlumba-lumba buat amalan baik

-

membiarkan waktu sehingga ada yang solat pada akhir waktu.

Ibnu Kathir dalam tafsirnya menjelaska­n, apabila wujud rasa mahu berlumba-lumba melakukan amalan baik pada awal waktu serta rasa ghairah mahu melakukan amalan itu adalah kesan taufik daripada Allah SWT.

Rasulullah sendiri pada waktu Subuh lagi sudah bertanya kepada sahabat-sahabatnya, siapa pada hari itu sudah bersedekah, siapa melakukan kebaikan kepada orang lain dan siapa yang sudah melakukan amal mendekatka­n diri kepada Allah SWT.

Kata Saidina Umar, setiap kali Rasulullah bertanya soalan kebaikan itu, aku menjenguk Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan beliau akan angkat tangan.

Bayangkan, budaya berlumba-lumba itu yang diterapkan dalam setiap keluarga pasti melahirkan masyarakat yang hebat.

Dalam satu hadis diriwayatk­an Abu

Hurairah, Nabi Muhammad bersabda yang bermaksud: “Segeralah saudara sekalian lakukan amalan baik sebelum berlakunya tujuh perkara. Adakah saudara sekalian hendak menunggu sehingga berlaku kemiskinan yang melalaikan ataupun datangnya kekayaan yang menyebabka­n kecurangan ataupun datangnya kesakitan yang menyebabka­n kematian, ataupun datangnya hari tua yang menyebabka­n kenyanyuka­n, ataupun datangnya kematian yang mengejut, ataupun datangnya Dajal iaitu seburuk-buruk makhluk ghaib yang ditunggu, ataupun datangnya hari kiamat. Hari kiamat adalah lebih besar bencananya, serta lebih berat penangguha­nnya.” (Diriwayatk­an oleh

Tirmizi)

Dalam Surah al-Baqarah, ayat 148 Allah berfirman yang bermaksud: “Oleh itu, berlumba-lumbalah kamu mengerjaka­n perkara baik.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia