Harian Metro

‘Bukan senang nak berlakon’

-

Kuala Lumpur: Tampil dengan jaket kemas sambil diiringi 10 pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika muncul di pejabatnya di Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat (SPAD) di KL Sentral jam 11 pagi semalam.

Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dilihat berada di pejabat itu hampir sejam sebelum dibawa keluar menaiki kereta hitam yang diiringi dua kenderaan lain.

Wartawan Harian Metro yang berada di kawasan itu mendapat maklumat kehadiran SPRM bertujuan mengambil beberapa dokumen yang ada kaitan dengan pembelian dua hotel oleh FELDA Investment Corporatio­n (FIC) di Kuching, Sarawak dan Kensington, London.

Difahamkan Mohd Isa yang kini dalam tempoh tahanan reman lima hari dibawa ke pejabatnya di tingkat 4.

Turut kelihatan anak Mohd Isa bersama beberapa saudaranya dipercayai menemani Isa ke pejabatnya.

Pejabat Isa di SPAD menjadi antara lokasi serbuan SPRM bagi memperoleh bukti dan bahan penting susulan penahanan reman beliau.

Pasukan SPRM dilihat keluar jam 12.20 tengah hari bersama Isa dan dipercayai ke Putrajaya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan SPRM menyerbu tiga kediaman milik Isa di Bandar Baru Nilai, Senawang dan Linggi, Negeri Sembilan kelmarin.

Jun lalu, Isa dilantik sebagai pemangku Pengerusi SPAD sejurus meletak jawatan sebagai Pengerusi FELDA Global Ventures Bhd (FGV).

Sementara itu, Ketua Pesuruhjay­a SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad mengesahka­n pemeriksaa­n dijalankan di pejabat SPAD bagi mendapatka­n lebih banyak bukti dalam siasatan.

“Ini proses biasa untuk kami memeriksa di rumah dan pejabat. Dia (Isa) memang ditahan berhubung skandal FIC dan bukannya FGV,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai beberapa dakwaan beberapa pihak yang mengatakan tangkapan Isa hanya ‘wayang’, Dzulkifli menafikan perkara berkenaan.

“Mereka boleh bercakap apa saja dan bukan senang untuk berlakon dalam keadaan begitu,” katanya.

 ??  ?? PEGAWAI SPRM berjalan keluar selepas menyerbu pejabat Mohd Isa di ibu pejabat SPAD.
PEGAWAI SPRM berjalan keluar selepas menyerbu pejabat Mohd Isa di ibu pejabat SPAD.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia