Harian Metro

Hadiah perkahwina­n

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

Sebuah video berdurasi pendek menjadi hadiah sempena perkah- winan pasangan diraja, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandaria­h Sultan Ibrahim dan suaminya, Dennis Muhammad Abdullah yang berlangsun­g pada 14 Ogos lalu.

Saat indah Tunku Tun Aminah dan Dennis Muhammad itu dikongsika­n menerusi video berdurasi lima minit di laman rasmi Facebook (FB)

Saat bahagia itu dikongsika­n menerusi tajuk ‘Video sekitar Istiadat Akad Nikah Yang Amat Mulia (YAM) Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandaria­h Binti Sultan Ibrahim dan Encik Dennis Muhammad Abdullah di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada 14 Ogos 2017.’

Antara babak menarik perhatian netizen dikongsika­n termasuk istiadat akad nikah di mana Dennis Muhammad melafazkan­nya dengan sekali lafaz dalam bahasa Melayu.

Terdahulu, video perkataan Istiadat Perkahwina­n Diraja membuka tirai video pendek dikongsika­n dengan diiringi muzik latar.

Seterusnya, beberapa sudut di istana dipaparkan termasuk menampilka­n pasangan diraja itu mengenakan Baju Kurung Teluk Belanga dan Baju Melayu Teluk Belanga serba putih dengan Dennis Muhammad mengenakan songkok.

Terdahulu, berlangsun­gnya istiadat pertunanga­n dan majlis itu disaksikan Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, ahli keluarga dan rakan terdekat pasangan Diraja itu.

Turut berangkat Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che Puan Khaleeda Bustamam.

Puteri tunggal Sultan Johor dan suaminya itu dinikahkan Mufti Johor Datuk Mohd Tahrir Samsudin yang diperkenan­kan Sultan Ibrahim Iskandar untuk menjadi wakil rasmi baginda di majlis itu.

Paling menyentuh perasaan apabila Tunku Tun Aminah dilihat mengesat matanya dengan tisu saat disahkan bergelar isteri kepada Dennis Muhammad.

Selesai istiadat akad nikah, Dennis Muhammad dibawa ke bilik tingkat atas istana bagi menyempurn­akan istiadat menyarung cincin dan mengucup dahi Tunku Tun Aminah.

 Video pasangan diraja dikongsi di FB The Royal Johor

 ??  ?? DENNIS mengucup dahi Tunku Tun Aminah selepas Istiadat Akad Nikah pasangan pengantin diraja di Istana Bukit Serene.
DENNIS mengucup dahi Tunku Tun Aminah selepas Istiadat Akad Nikah pasangan pengantin diraja di Istana Bukit Serene.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia