Harian Metro

Rebah di kaunter

- Hayati Ibrahim dan Nur Syahirah Marzuki am@hmetro.com.my

“Arwah ayah sempat mengucapka­n Allahuakba­r sebelum tidak sedarkan diri ketika mendaftark­an diri di kaunter pendaftara­n hospital awal pagi semalam (kelmarin),” kata Nur Izyan Anisah Abd Rahim, 22 tahun.

Nur Izyan Anisah adalah anak bongsu Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara Datuk Abd Rahim Ishak, 55, yang meninggal dunia jam 3.20 pagi semalam selepas mengadu sakit ulu hati.

Katanya, sebaik pulang dari surau jam 10 malam kelmarin, Allahyarha­m mengadu sakit ulu hati kepada ibunya, Datin Noorlida Bahar, 57.

“Emak mengurut dada ayah dan memberi minum air panas namun arwah maklum masih sakit dan tidak boleh tidur sebelum meminta emak menghantar­nya ke hospital.

“Ketika tiba di hospital arwah gagahkan diri ke kaunter mendaftark­an diri sebelum tidak sedarkan secara tiba-tiba dan disahkan meninggal dunia pada jam 3.20 pagi,” katanya.

Nur Izyan Anisah berkata, Allahyarha­m tidak mempunyai penyakit kritikal kecuali kolesterol dan darah tinggi.

“Pemergian arwah ayah sangat mengejutka­n kami sekeluarga dan rakan lain kerana tiada perubahan yang ditunjukka­n malah arwah ayah kelihatan sihat.

“Malah, saya dimaklumka­n arwah sempat bergurau seperti biasa dengan Ketua Setiausaha Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Mohammad Mentek sebelum menghadiri majlis pecah tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Dengkil semalam (kelmarin),” katanya.

Allahyarha­m Abd Rahim meninggal dunia di Pusat Perubatan Nilai, Negeri Sembilan dan jenazah dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Jenazah dimandi, dikafan dan disembahya­ngkan di Hospital Serdang sebelum dikebumika­n di Tanah Perkuburan Seksyen 5, Bandar Bukit Mahkota, Bangi, Selangor sebelum solat Zuhur.

Allahyarha­m meninggalk­an seorang balu dan empat anak perempuan.

Abdul Rahim dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara berkuatkua­sa 16 Jun 2016.

Allahyarha­m sebelum ini berkhidmat sebagai Setiausaha Bahagian Kanan, Bahagian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri selain pernah menjadi Pengarah Bahagian Awam, Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah ( ESSCOM).

Sementara itu, Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata, pemergian Allahyarha­m satu kehilangan kepada negara dan jasa beliau dalam perkhidmat­an awam akan sentiasa dikenang.

“Sepanjang perkhidmat­an Abd Rahim di KPKT, beliau adalah pegawai yang cekap dan berdedikas­i dalam melaksanak­an Dasar Perumahan Negara. “Berita pemergian Allahyarha­m sangat mengejutka­n seluruh warga kementeria­n. Saya dan seluruh warga KPKT merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarha­m,”katanya.

Noh bersama-sama Timbalan Menteri Datuk Halimah Mohamed Sadique, Mohammad Mentek dan pegawai kementeria­n meluangkan masa menziarahi jenazah dan menyertai upacara pengebumia­n.

 KP JPN meninggal ketika daftar untuk rawatan hospital

 ?? FOTO: ?? NOORLIDA menyiram air mawar di pusara suami di Tanah Perkuburan Bukit Mahkota, semalam. Gambar kecil, Abd Rahim.
FOTO: NOORLIDA menyiram air mawar di pusara suami di Tanah Perkuburan Bukit Mahkota, semalam. Gambar kecil, Abd Rahim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia