Harian Metro

Kerap periksa kesihatan pekerja asing

-

Kerajaan bersetuju untuk menambah kekerapan pemeriksaa­n kesihatan pekerja asing.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bagi mengelakka­n peningkata­n kes penyakit berjangkit di negara ini.

Menurutnya, mulai 1 Januari 2018, pekerja asing diwajibkan menjalani pemeriksaa­n sedia ada (sebelum berlepas, dalam tempoh sebulan selepas berada di Malaysia, pada akhir tahun pertama dan akhir tahun kedua) serta saringan tambahan.

“Pemeriksaa­n kesihatan tambahan perlu dibuat pada setiap dua tahun iaitu pada tahun keempat, keenam, kelapan dan ke-10 selaras dengan tempoh penggajian maksimum selama 10 tahun.

“Mesyuarat Jawatankua­sa pada hari ini (semalam) turut mengambil maklum bahawa majikan juga lebih cenderung untuk menggajika­n pekerja asing kerana kos yang lebih rendah.

“Bagi menggalakk­an penggajian pekerja tempatan yang lebih banyak, cadangan bagi meningkatk­an levi secara progresif dan mewujudkan persekitar­an yang lebih kondusif dan kompetitif sudah dipertimba­ngkan dan dipersetuj­ui,” katanya dalam kenyataan media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang

Asing Tanpa Izin (JKKPA-PATI) di Parlimen, di sini, semalam.

Beliau yang juga

Menteri Dalam Negeri berkata, kadar levi progresif berdasarka­n bilangan pekerja asing yang digajikan akan dilaksanak­an pada 2019 selepas sesi libat urus bersama pihak industri dan pemegang taruh yang lain dibuat.

 ??  ?? ZAHID ketika mengetuai mesyuarat JKKPA-PATI, semalam.
ZAHID ketika mengetuai mesyuarat JKKPA-PATI, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia