Harian Metro

Panggilan tak dijawab

- Mohamad Fahd Rahmat fahd@hmetro.com.my

 Lelaki maut dipukul dengan objek keras di muka

Rasa tidak sedap hati seorang isteri selepas panggilan telefon dibuat terhadap suaminya tidak berjawab membawa kepada penemuan mayat lelaki berkenaan, kelmarin.

Pada kejadian di bangsal mangsa di sebuah ladang kelapa sawit di Sagil, di sini, Sam Peng Kok, 46, dipukul dengan objek keras di muka menyebabka­n pendarahan pada mulut selain hidung.

Suspek pula dipercayai seorang lelaki warga Indonesia yang baru tiga hari bekerja dengan mangsa. Suspek menghilang­kan diri sejurus kejadian dan masih diburu.

Ketua Polis Daerah Tangkak Superinten­dan Mohad Idris Samsuri berkata, terdahulu, isteri mangsa yang berusia 42 tahun berkali-kali menghubung­i suaminya untuk makan tengah hari di rumah selain menjemput anak pulang dari sekolah namun tidak berjawab.

“Wanita itu bergegas ke bangsal berkenaan dan terkejut mendapati ada kesan darah di kaki lima premis itu manakala pintu bangsal berkunci.

“Dia kemudianny­a menghubung­i rakan suaminya sebelum lelaki itu datang untuk melakukan pemeriksaa­n.

“Sebaik lelaki itu membuka pintu bangsal, mereka mendapati mangsa dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan di muka. Isteri mangsa kemudianny­a menghubung­i kami bagi memaklumka­n kejadian,” katanya, semalam.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa dibunuh antara jam 10 pagi hingga jam 12.30 tengah hari pada hari kejadian.

Katanya, maklumat berkaitan suspek belum diperoleh secara tepat kerana isteri mangsa memaklumka­n, suspek baru tiga hari bekerja dengan suaminya.

“Kami masih mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA polis membuat pemeriksaa­n di lokasi pembunuhan.
ANGGOTA polis membuat pemeriksaa­n di lokasi pembunuhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia