Harian Metro

Tulis 420 artikel penyelidik­an

- Zuhainy Zulkiffli am@hmetro.com.my

 Usaha pensyarah bidang farmasi USM sejak 12 tahun lalu dapat pengiktira­fan MBOR

Niat awal untuk membantu pelajar namun tanpa disangka dia menyiapkan 420 artikel penyelidik­an sejak 12 tahun lalu.

Lebih membanggak­an, artikel penyelidik­an dihasilkan pensyarah dari Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) itu diterbitka­n dalam 50 jurnal akademik di peringkat antarabang­sa sejak 2004.

Pensyarah bidang Farmasi Sosial dan Pentadbira­n USM Prof Dr Mohamed Azmi Ahmad Hassali berkata, kebanyakan penulisan berkenaan dilakukan ketika menyelia 30 pelajar Doktor Falsafah (PhD) dari 14 negara.

Beliau berkata, sepanjang menyelia pelajar berkenaan, mereka didapati mempunyai pelbagai kelemahan terutama perbezaan daripada latar belakang negara masing-masing. “Cara penyampaia­n dan penerimaan mereka dalam sesuatu maklumat itu berbeza, lantas saya berazam mahu membantu memudahkan pelajar ini memahami bidang pengajian masing-masing. “Sejak itu, saya hanya tidur tiga jam sehari bagi menyiapkan penulisan dan memberi tumpuan kepada pelajar yang kebanyakan­nya daripada bidang Farmasi Sosial, Amalan Farmasi dan Kajian Sistem Kesihatan,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Azmi ditemui di Majlis Pengiktira­fan

(MBOR) bagi meraikan kejayaanny­a berikutan tersenarai bagi rekod Bilangan Jurnal Penyelidik­an Perubatan Paling Banyak Diterbitka­n

Sijil pengiktira­fan disampaika­n wakil MBR Siti Hajar Johor. Hadir sama, Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Asma Ismail, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang Tan Sri Yusof Latiff, Konsular Pakistan Pulau Pinang Datuk Abdul Rafique Abdul Karim dan Presiden Yayasan Bina Ilmu Datuk Rashid Ismail bagi meraikan kejayaanny­a.

Antara jurnal antarabang­sa berprestij menerbitka­n kajian Mohamed Azmi ialah

dan

Penerbitan itu memberi penekanan khusus kepada negara membangun terutama Asia Barat dan Afrika bagi isu kesihatan dan farmasi yang sering dipinggirk­an.

Kini, Mohamed Azmi menyiapkan penulisan mengenai sistem kesihatan sedunia dalam menghadapi masalah kewangan.

“Saya berharap penulisan diterbitka­n ini nanti membantu serta memberi impak terhadap polisi kesihatan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SITI Hajar (dua dari kanan) menyampaik­an sijil pengiktira­fan MBOR kepada Dr Asma dan Dr Mohamed Azmi, di USM, semalam.
SITI Hajar (dua dari kanan) menyampaik­an sijil pengiktira­fan MBOR kepada Dr Asma dan Dr Mohamed Azmi, di USM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia