Harian Metro

Bukan tsunami

- Mary Victoria Dass maryvictor­ia@hmetro.com.my

“Ikan itu tidak timbul sendiri sebaliknya ia adalah rezeki nelayan dari luar yang ditinggalk­an untuk dibawa pulang penduduk kampung,” kata Ketua Kampung Tanjung Sedili, Ibrahim Yahaya berhubung tular lambakan ikan di tepi pantai di kampung berkenaan, sejak semalam.

Ibrahim berkata, ikan berkenaan hasil memukat nelayan dan ia rezeki kepada penduduk, bukannya petanda bencana tsunami di kawasan berkenaan.

“Memang benar gambar tular ikan terdampar adalah di kawasan berkenaan namun ia bukanlah kerana ikan terbabit naik sendiri ke pantai sebaliknya ia adalah hasil nelayan memukat.

“Sebenarnya, gambar itu dirakam pada Selasa lalu di Pantai Telok Mahkota dan bagi penduduk tempatan, ia bukan perkara yang baru,” katanya.

Berikutan itu, Ibrahim mengingatk­an orang ramai supaya tidak mempercaya­i tular kejadian ikan naik sendiri ke darat di pantai Tanjung Sedili sekali gus mengaitkan­nya sebagai petanda bencana tsunami.

“Kebanyakan udang, ikan yang bersaiz besar sudah diambil nelayan dan yang tinggal hanyalah anak ikan dan ikan bersaiz kecil yang tidak boleh dikomersia­lkan.

“Tambahan pula, mereka

 Tular kejadian ikan naik sendiri ke darat tidak benar

yang memukat bukan terdiri daripada orang tempatan. Jadi, apabila hasil pukat ditarik ke pantai dan bila terlalu banyak ikan kecil, mereka pun tinggalkan saja,” katanya. Ibrahim berkata, sejak tular di laman sosial, dia dan penduduk kampung menerima pelbagai pertanyaan daripada masyarakat luar yang mempercaya­i berita yang tersebar.

Ibrahim berkata, bagi penduduk, tiada perkara pelik sebaliknya ia adalah fenomena biasa berlaku selepas nelayan memukat.

“Saya sudah puluhan tahun tinggal di sini, tak pernah jumpa kejadian ikan naik sendiri ke darat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? GAMBAR ikan terdampar di pantai Tanjung Sedili yang menjadi tular.
GAMBAR ikan terdampar di pantai Tanjung Sedili yang menjadi tular.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia