Harian Metro

Rumah murah 5 peratus

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

 Kerajaan cipta ekosistem sebelum IBS diwajibkan dalam tiga tahun

Penggunaan Sistem Bangunan Berindustr­i (IBS) bagi pembinaan projek perumahan di seluruh negara sepenuhnya dijangka mampu mengurangk­anhargarum­ahdipasara­n kira-kira lima peratus berbanding menggunaka­n kaedah konvension­al.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Datuk Ahmad ‘Asri Abdul Hamid berkata, sekiranya kilang IBS diwujudkan bagi mengeluark­an komponen, permintaan menjadi tinggi, sekali gus ia membantu menurunkan harga rumah.

“Perkara ini bergantung kepada permintaan dan apa yangjadise­karangiala­hkapasiti pengeluara­n berada pada tahap 50 hingga 60 peratus mengikut kajian.

“Jika ada permintaan dan kami mewajibkan penggunaan IBS, kilang akan mengeluark­an lebih banyak IBS, malah akan ada banyak kilang baru,” katanya pada lawatan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof di kilang IBS Gamuda, di sini, semalam.

Beliau berkata, IBS dicadangka­n diwajibkan penggunaan­nya menjelang tiga tahun akan datang atau 2020, malah ia dipersetuj­ui Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Kami memberi tempoh kepada pihak industri mengubah

kaedah konvension­al kepada IBS, tetapi pada masa ini, kami memberi tumpuan kepada inisiatif mewujudkan ekosistem bagi membolehka­n kami mewajibkan IBS,” katanya.

Dari segi pencapaian penggunaan IBS, beliau berkata, projek kerajaan skor minimum 70 peratus penggunaan IBS ditetapkan bagi projek bernilai RM10 juta.

Katanya, untuk swasta, kaji selidik dijalankan tiga tahun lalu menunjukka­n tahap penggunaan IBS hanya 15 peratus, namun kajian sedang dibuat bagi melihat data terkini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia