Harian Metro

‘Sayang orang utan’

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@hmetro.com

 Graduan Bioteknolo­gi Haiwan penerima tunggal Biasiswa Persekitar­an YSD

“Semasa memohon biasiswa mengenai penyelidik­an orang utan Mac lalu, saya meletakkan harapan tinggi untuk dipilih kerana ia sesuai dengan jiwa dan pengajian saya ketika itu. Hari ini (semalam) saya terharu dan gembira apabila impian menjadi kenyataan kerana layak menerima biasiswa peringkat sarjana ini.”

Demikian kegembiraa­n dikongsi gadis lulusan Sarjana Muda Bioteknolo­gi Haiwan di Rutgers University, Amerika Syarikat, Afiqah Mizan, 24, selepas diumumkan penerima tunggal Biasiswa Persekitar­an Yayasan Sime Darby (YSD) khusus kepada penyelidik tempatan yang melakukan kajian berimpak terhadap habitat populasi orang utan di Malaysia.

Pencinta haiwan itu antara 356 penerima biasiswa dan dermasiswa bernilai RM16.7 juta yang disampaika­n Ahli Majlis Tertinggi YSD, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara, di sini, semalam.

Biasiswa peringkat sarjana diterima Afiqah bernilai RM162,000 untuk tempoh pengajian selama dua tahun.

Bercerita mengenai minatnya, gadis kelahiran Kuala Lumpur itu berkata, minatnya terhadap orang utan semakin mendalam apabila mendapat pendedahan mengenai habitat orang utan di Rutgers University.

“Di sana, saya diberi peluang membuat kajian mengenai orang utan yang hidup di Kalimantan Tengah, Indonesia.

“Saya ingin menjadi sebahagian daripada penyumbang yang membantu mengubah pemikiran manusia dengan menekankan keharmonia­n bumi adalah melalui hubungan masyarakat dan ekosistem,” katanya.

Afiqah bakal menyambung pengajian peringkat Sarjana Biokimia Nutrisi Orang Utan, Februari depan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia