Harian Metro

Sengaja serah nyawa

- Dziyaul Afnan Abdul Rahman am@hmetro.com.my

Tindakan ‘gila’ seorang lelaki menceroboh masuk dan berjalan sejauh dua kilometer di atas landasan kereta api berhampira­n FELDA Rimba Emas, di sini, mengundang padah apabila dia maut digilis komuter, semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa dipercayai warga Thailand mati dalam keadaan mengerikan iaitu tangan dan kaki terputus manakala perutnya terburai.

Difahamkan, lelaki berusia 70-an itu menceroboh masuk ke laluan berkenaan melalui Stesen Keretapi Padang Besar sebelum berjalan di landasan.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superinten­dan Ghazani Abdul Ghani berkata, pihaknya dihubungi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada jam 3.45 petang memaklumka­n kejadian.

Katanya, berdasarka­n maklumat KTMB, seorang pemandu kereta api elektrik (ETS) dari arah selatan ke utara terlihat lelaki berusia antara 65 hingga 70 tahun berjalan di atas landasan kereta api dari arah bertentang­an berdekatan pusat penempatan kargo KTMB Padang Besar dan menghubung­i pusat kawalan.

“Polis bantuan KTMB Padang Besar kemudian melakukan tinjauan di sekitar landasan kereta api, namun tidak menjumpai lelaki dimaksudka­n.

“Bagaimanap­un, kira-kira jam 3.30 petang, pusat kawalan KTMB menerima maklumat seorang lelaki dilanggar komuter dari arah Padang Besar ke Butterwort­h.

“Mangsa parah iaitu tangan kiri dan kaki kanan terputus manakala perutnya terburai dan tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai padanya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ghazani berkata, pihaknya percaya mangsa warga Thailand

 Lelaki ceroboh landasan kereta api mati ngeri

berikutan tiada bekas suntikan Bacillus Calmette Guerin (BCG) selain terdapat cacahan tatu di tubuhnya.

“Sehubungan itu, kita minta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga untuk menghubung­i balai polis berhampira­n.

“Kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut dan polis masih menyiasat bagi mengenal pasti identiti mangsa,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA polis mengangkat cebisan anggota tubuh mangsa.
ANGGOTA polis mengangkat cebisan anggota tubuh mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia