Harian Metro

Kongsi gelap kecut perut

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

 Ketua, anggota kumpulan samseng larikan diri ke luar negara diburu polis

Ramai ketua dan dalang kongsi gelap kecut perut apabila bersembuny­i dan melarikan diri ke luar negara susulan operasi Op Cantas Khas yang dijalankan polis.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, ramai lagi anggota atau ahli kongsi gelap diburu, malah ada beberapa daripada mereka termasuk ketua organisasi haram melarikan diri ke luar negara.

Beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan beberapa siri Op Cantas Khas lagi dalam usaha menghapusk­an segala bentuk kegiatan kongsi gelap di negara ini.

“Dalam hal ini, PDRM akan bekerjasam­a dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk menjejaki individu berkenaan apabila mereka pulang ke Malaysia.

“Ramai lagi yang masih diburu, ada juga yang bersembuny­i. Kami akan jejaki mereka dan saya yakin akan menahan saki baki mereka,” katanya selepas merasmikan Majlis Persada Inovasi PDRM 2017 di Pulapol Kuala Lumpur, di sini, semalam. Menurutnya, ketika ini pihaknya memberi fokus terhadap kes yang disiasat membabitka­n tangkapan beramai-ramai ahli kongsi gelap baru-baru ini.

“Sebelum ini kami tengok banyak kejadian tembak dan sebagainya yang berlaku di sekitar Lembah Klang, Ipoh dan beberapa lokasi lain. Mereka ini mengganggu dan membuat serangan keganasan terhadap masyarakat India, jadi kami mengambil tindakan terhadap kumpulan terbabit.

“Untuk langkah seterusnya kami akan melakukan beberapa Op Cantas Khas lagi untuk menghapusk­an segala bentuk kegiatan kongsi gelap tanpa mengira bangsa keanggotaa­n kumpulan itu,” katanya.

Sebelum ini, 21 lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen di Georgetown manakala 33 individu didakwa di Mahkamah Sesyen di Klang kerana menjadi anggota kumpulan jenayah terancang Geng 04 dan Geng 24 Apachee 14 Ogos lalu.

 ??  ?? NOOR Rashid
NOOR Rashid

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia