Harian Metro

Pasar ‘kering’ pengunjung

 Peniaga Pasar Besar Gombak runsing barang jualan tak laku

- Siti Salmiah A Hamid salmiah@hmetro.com.my

Lengang dan suram! Itu masalah yang dihadapi warga peniaga di Pasar Besar Gombak di Jalan Gombak, dekat sini, yang jarang menerima kunjungan pelanggan meskipun pelbagai cara sudah dijalankan bagi mempromosi kawasan berkenaan.

Pengerusi Persatuan Kebajikan Peniaga Pasar Besar Gombak, Mohd Yussof Sahib Sahul Hamid berkata, ketiadaan pelanggan di pasar berkenaan menyebabka­n peniaga terpaksa menanggung kerugian akibat lambakan barang yang tidak laku.

“Di mana silapnya pasar ini sehingga tidak mendapat sokongan masyarakat setempat?” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, kejadian berkenaan sudah lama berlarutan malah turut menarik perhatian Pengerusi UDA Holdings Berhad (UDA) Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk sama-sama meringanka­n beban peniaga.

Tinjauan wartawan Harian Metro mendapati hampir separuh lot kedai di bangunan dua tingkat itu tidak beroperasi.

Meskipun lot niaga berkenaan disewa dengan harga

Saya berpendapa­t wujudkan pejabat kerajaan atau swasta yang banyak berurusan dengan masyarakat agar menjadi lokasi persinggah­an ramai”

Mohd Yussof

RM50 sebulan bagi pasar basah dan kedai makan serta RM153 untuk pejabat, ia masih tidak memberi pulangan pada peniaga di sana.

Hingga kini, hanya satu kedai menjual hasil laut, penjual ayam (2), daging lembu (2) dan daging kambing (1) yang masih bertahan selebihnya Kedai Rakyat 1Malaysia, kedai makan, jahitan, urut refleksolo­gi serta baiki kasut.

Yussof berkata, pelbagai aktiviti dan program sudah dijalankan bagi menarik kedatangan masyarakat setempat namun hanya seketika sebelum ia sunyi kembali.

“Pasar ini perlukan suntikan dan pembaharua­n kerana kedudukann­ya di tepi jalan besar sesuai sebagai kawasan tumpuan ramai.

“Saya berpendapa­t wujudkan pejabat kerajaan atau swasta yang banyak berurusan dengan masyarakat agar menjadi lokasi persinggah­an ramai.

“Sebagai contoh dengan adanya mini Pusat Transforma­si Bandar (UTC) sedikit sebanyak dapat menarik kunjungan orang awam sekali gus menjana ekonomi peniaga di sini,” ujarnya.

Bagi peniaga pusat kecantikan, Rosnah Mohd Osman, 52, berkata, sudah lebih 20 tahun dia menjalanka­n perniagaan di Pasar Besar Gombak namun nasib peniaga masih ditakuk lama.

“Rata-rata peniaga mampu bertahan kerana perniagaan itu sudah lama diusahakan dan sukar untuk mereka mencari tapak perniagaan baru dengan sewa murah seperti di sini.

“Kami turut menyediaka­n kelas mengaji al-Quran dan kelas bahasa Arab terbuka pada setiap minggu namun saya berharap pihak tertentu prihatin dengan masalah peniaga dengan memberi nafas baru kepada pasar ini,” katanya.

 ??  ?? PASAR basah yang lengang daripada kunjungan pengunjung.
PASAR basah yang lengang daripada kunjungan pengunjung.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia