Harian Metro

Lancar cawangan ke-1,000

-

Alam: Pengendali rangkaian pasar mini 99 SpeedMart Sdn Bhd menyasarka­n pembukaan empat cawangan baru setiap minggu atau 16 cawangan di seluruh negara tahun ini.

Ia selaras dengan slogan mereka iaitu Dekat lagi Murah yang mana pelanggan tidak perlu pergi jauh dari kediaman mereka untuk mendapatka­n pelbagai barangan keperluan.

Pengurus Besar Operasi syarikat berkenaan, Yong Eng Kwang berkata, pasar mini itu kini menempatka­n pelbagai barangan iaitu barangan runcit, sayur-sayuran, buah-buahan, makanan sejuk beku serta menjadi ejen untuk pembayaran pelbagai jenis bil dan tambah nilai.

“Sejak ditubuhkan 30 tahun lalu, sudah ada 1,000 pasar mini 99 SpeedMart dengan terbaru di Seksyen 13 ini.

“Selaras dengan slogan kami, Dekat lagi Murah lebih banyak lagi cawangan pasar mini ini akan dibuka pada masa depan dengan sasaran 16 cawangan sebulan atau empat cawangan seminggu,” katanya ditemui pada majlis pembukaan cawangan ke-1,000 pasar mini itu di Seksyen 13, di sini.

Yong berkata, Selangor dipilih sebagai lokasi pembukaan cawangan ke-1,000 kerana syarikat itu yang beroperasi sejak 20 Ogos 1987 bermula di negeri berkenaan.

Menurutnya, sempena pembukaan itu, pihaknya dengan kerjasama pembekal menyediaka­n pelbagai hadiah istimewa untuk pelanggan yang membeli barangan di situ semalam.

“Pada hari pertama pembukaan cawangan ini, kami menyediaka­n hadiah istimewa kepada pelanggan iaitu edisi terhad minuman Coca Cola dalam botol bersaiz 250 mililiter dengan hanya ‘Like’ Facebook kami untuk 100 pelanggan saja.

“Selain itu kami memberi pen, beg membeli belah serta telur ayam 10 biji secara percuma kepada pelanggan,” katanya.

Menurutnya, bagi pelanggan yang tidak dapat hadir pada hari pembukaan itu pihaknya turut menawarkan pelbagai diskaun kepada lebih 100 barangan di pasar mini itu.

 ?? Mat Nadzari ?? Pada peringkat tadika sudah dilaksanak­an program bank kitar semula dikenali sebagai 3R@kids sejak tahun 2010”
YONG (tengah) bersama pembekal merasmikan pembukaan cawangan ke 1,000 pasar raya 99 SpeedMart.
Mat Nadzari Pada peringkat tadika sudah dilaksanak­an program bank kitar semula dikenali sebagai 3R@kids sejak tahun 2010” YONG (tengah) bersama pembekal merasmikan pembukaan cawangan ke 1,000 pasar raya 99 SpeedMart.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia