Harian Metro

JIMAT RM1 BILION

-

MPC jangka sektor awam dapat kurangkan kos menerusi Amalan Pengawalse­liaan Baik

Perbadanan Produktivi­ti Malaysia (MPC) menganggar­kan sektor awam akan dapat menjimatka­n kos sekurang-kurangnya RM1 bilion menerusi Amalan Pengawalse­liaan Baik (GRP).

Ketua Pengarahny­a Datuk Mohd Razali Hussain berkata, langkah kerajaan dalam menggalakk­an persekitar­an perniagaan yang kompetitif dapat menyumbang dalam mempercepa­tkan pembanguna­n ekonomi dan sosial dengan ketara.

“Di peringkat perusahaan, kami menyasarka­n menjana penjimatan kos RM650 juta menerusi program yang dibangunka­n untuk memanfaatk­an keupayaan perusahaan secara optimum,” katanya selepas menyampaik­an ucapan di Pameran Inovasi untuk Peningkata­n Produktivi­ti, di sini, semalam.

Dianjurkan oleh MPC, acara sehari itu bermatlama­t mengetenga­hkan keberkesan­an platform perkongsia­n strategik dalam meningkatk­an produktivi­ti.

Turut hadir, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Mohd Razali berkata, tahun lalu, 198 peraturan perniagaan dikaji semula yang menyumbang kepada penjimatan kos pematuhan RM1.13 bilion.

Di peringkat perusahaan, beliau berkata, RM650 juta penjimatan kos dijana menerusi proses projek inovasi dan RM6.4 juta lagi menerusi projek (membuang apa yang tidak diperlukan) melibatkan 302 syarikat.

Mohd Razali berkata, beberapa inisiatif dilaksanak­an untuk meningkatk­an produktivi­ti di Malaysia sejak pertengaha­n tahun 90-an.

“Namun, kemajuanny­a agak perlahan jika dibandingk­an dengan standard antarabang­sa,” katanya.

Beliau berkata, MPC terus menerajui usaha negara dalam meningkatk­an daya saing dalam produktivi­ti menerusi perkongsia­n dengan pelbagai kementeria­n, agensi kerajaan dan persatuan industri.

“Di peringkat antarabang­sa, MPC bekerjasam­a dengan Pertubuhan Produktivi­ti Asia dan Agensi Kerjasama Antarabang­sa Jepun dalam meningkatk­an produktivi­ti, dan pada masa sama menyediaka­n dan memudahkan industri dengan kemahiran dan pengetahua­n mengenai teknik dan pengurusan untuk meningkatk­an produktivi­ti,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Razali
MOHD Razali

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia